4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je

Share

Bila bab sarapan untuk anak-anak, mestilah kena yang mudah dan sedap. Anak-anak memang teruja nak makan tapi mak-mak kena pandai nak sesuaikan menu yang sesuai.

Jadi, apa kata kita kongsikan 4 resipi mudah sarapan untuk anak-anak, bagi menggalakkan mereka untuk makan pagi. Sangat senang resipi yang dikongsikan Afzal Sukasuki ni.

1. PAI CARBONARA

BAHAN-BAHAN:

Roti paratha
Bawang holland | dipotong dadu – beli online di sini
400gm daging cincang | dicuci bersih
1 tin sos carbonara – beli online di sini
1 biji kuning telur (untuk disapu atas roti)
Sayur campur (optional)

CARA MEMASAK:

1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.

2. Kemudian masukkan sayur campur (optional). Masukkan sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.

3. Potong roti paratha kepada 2 bahagian. Letak bahan-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.

4. Boleh kelim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara.

5. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C. Dah siap, boleh dihidang kepada anak-anak masa sarapan.

2. ROTI SOSEJ COMEL

BAHAN-BAHAN:

Roti paratha
Sosej ayam
Kuning telur

CARA MEMASAK:

1. Potong roti paratha kepada 12 bahagian kecil seperti pizza. Potong sosej menjadi 3 bahagian.

2. Gulung sosej tersebut dengan potongan-potongan kecil roti paratha tadi. Sapu setiap gulungan sosej dengan kuning telur.

3. Masak di dalam air friyer pada suhu 180°C selama 5 minit. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.

3. PIZZARIA

BAHAN-BAHAN:

Roti paratha
Sos bolognaisse
Beacon ayam/daging
Lada benggala/nenas
Keju mozarella

CARA MEMASAK:

1. Biarkan roti paratha lembut pada suhu bilik. Sapu rata sos bolognaise.

2. Susun beacon ayam/daging. Tabur lada benggala/nenas. Tabur keju Mozarella.

3. Bakar di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 15 minit. Siap.

4. SOSEJ WRAP WITH MEAT/CHICKEN BEACON

BAHAN-BAHAN:

Roti paratha
Daun salad
Beacon ayam/daging
Mayonis
Sos cili/tomato
Sosej ayam

CARA MEMASAK:

1. Masak doh di dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 180°C.
2. Susun salad, beacon dan sosej di atas roti paratha tadi.
3. Letak sos dan mayonnaise.
4. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.

* Selain Roti Paratha Original, korang boleh juga guna Roti Paratha Garlic.

 

Kredit resipi & foto: Afzal Sukasuki

 

Kredit resipi & foto: Afzal Sukasuki

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN