4 Menu Sayur10 Minit Siap Wajib Korang Cuba, Sedap&Sihat Ye!

Share

Sayur  makan panas-panas menang sedap, disebabkan sedap dihidangkan panas-panas, ini RASA kongsikan empat menu sayur yang ringkas tapi gerenti sedap. Ia boleh disediakan apabila  anda dan keluaraga sudah sedia untuk menikmati hidangan makan tengahari atau malam sebab sayur ini boleh disediakan kurang dari 10 minit.

Senangkan, jom kita cuba,…

PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
  • 2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 biji cii merah | hiris memanjang halus
  • 2 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
  2. Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
  3. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Tutup api, sayur sedia dihidangkan.

TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji terung panjang
  • 250 gm daging kisar
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1/2 biji bawang besar | potong dadu
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Terung dipotong dua kemudian belah empat.
  2. Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  5. Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
  6. Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
  7. Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.
  9. Tutup api dan sedia dihidangkan.

TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 10 batang kacang panjang | potong 4cm
  • 150gm daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih  | cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 biji cili padi | hiris
  • Sedikit hirisan cili benggala merah
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
  3. Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
  4. Perasakan dengan sos tiram.
  5. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 6 batang kacang botol | hiris serong
  • 150gm hirisan daging rebus
  • Sedikit hirisan cili Benggala Merah
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
  3. Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram.
  4. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

IKLAN