Asyik makan daging aje pun tak seimbang pengambilan makanannya. Lauk sayur mesti ada untuk mengimbangkan pengambilan protin barulah lauk pauk kita jadi terbaiklah khasiatnya. Ni ada 4 lauk pauk berasaskan sayur-sayuran yang terjamin sedap dan rangup.
Rahsia kesedapannya kenalah pilih sayur yang segar, masak tu jangan lama sangat nanti layu sangat jadi tak sedap pulak. Lepas tu kena lah ada variasi dalam cara memasaknya. Cuba tau…
1.PAPRIK SAYURAN
BAHAN-BAHAN :
Ads
2 biji terung | dipotong memanjang
1 biji lobak merah | dipotong
4 batang jagung muda dipotong
10 biji kacang panjang / buncis secukupnya dipotong serong memanjang
Sedikit isi udang (jika suka
1 sudu kecil chilli flakes
1 ½ sudu kecil lada sulah
2 sudu besar sos cili
1 ½ sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih | diketuk
1 ulas bawang besar | dibelah tebal
1 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak
Maggi Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.
2 Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah. Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak sekejap.
3.Masukkan terung goreng. Kacau rata Tabur Maggi Cukup Rasa keatasnya. Kacau sebati Tutup api dan siap!
SAYUR CAMPUR BERGAJUS
BAHAN-BAHAN : Bahan A
1/4 cawan biji gajus – di goreng dan toskan
10 tangkai cili kering – di goreng dan toskan
1/2 cawan isi ayam – di potong memanjang
1 sudu besar Sos Tiram
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan minyak sayuran – untuk menggoreng
Bahan B
1/4 cawan lobak merah – di potong seperti mancis
1/4 cawan brokoli
4 tangkai sayur bok choy
4 tangkai putik jagung – di potong menyerong
1/4 cawan hirisan lada benggala (kuning dan merah)
1/4 cawan air
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak sayuran – untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan 1 cawan minyak di dalam kuali, goreng isi ayam yang di perap dengan Sos Tiram Maggi serta golekkan dengan tepung jagung terlebih dahulu sehingga garing. Goreng juga biji gajus dan cili kering secara berasingan.Tos dan ketepikan seketika.
2. Di dalam kuali yang lain, panaskan 2 sudu besar minyak sayuran. Masukkan putik jagung dan lobak merah terlebih dahulu. Kacau sebentar dan masukkan pula sayur brokoli dan bok choy sambil di kacau lagi.
3.Seterusnya tuangkan air kedalam sayuran dan kacau lagi.
4. Setelah sayuran separuh masak masukkan lada benggala dan taburkan penambah perasa semua dalam satu, Maggi Cukup Rasa ke dalam sayuran.
5. Seterusnya masukkan cili kering, isi ayam dan biji gajus yang di goreng tadi. Kacau hingga semuanya bercampur dengan sayuran dan matikan api dapur. Jangan terlebih masak ye, kerana zat dan vitamin dalam sayuran akan hilang.
Ads
SAYUR CAMPUR ALA CINA
BAHAN-BAHAN :
50gm bunga kubis.
5 ulas kacang buncis.
1 biji lada benggala – dipotong dadu.
2 biji lobak merah – dipotong nipis.
5 ulas bawang putih – dikisar.
2 sudu besar sos tiram.
sedikit stok ayam.
50ml air.
2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air.
2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan).
10gm bawang merah – digoreng (untuk hiasan).
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali , masukkan minyak dan t.umis bawang putih
2. Masukkan air , stok ayam dan sos tiram.
3. Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.
4. Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.
5.Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.
Ads
HONEY GLAZED BABY CARROTS
BAHAN-BAHAN :
500gm baby carrot (lobak merah kecil) | dicuci bersih
2 sudu makan madu
2 sudu makan mentega tanpa garam
2 sudu makan gula perang
2 sudu makan dil segar | dicincang
2 sudu makan daun taim segar | dicincang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan mentega di dalam kuali menggunakan api yang sederhana. Masukkan lobak merah, madu, gula perang, cincang daun dil, cincangan daun taim dan gaul sebati.
2. Kacau perlahan-lahan sehingga lobak merah lembut, kira-kira 15 minit.
3. Angkat dan boleh taburkan sedikit daun dil ketika menghidang. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja Kuih Siput sama ada yang berempah atau lemak manis, ramai yang menyukainya. Rangup dan enak. Sekali makan, memang ralit dibuatnya. Nak buatnya pun mudah je. Hanya menggunakan 5 bahan mudah, anda sendiri boleh hasilkan untuk kudapan suami dan anak-anak. Lagipun jika buat secara homemade memang lebih sedap, rangup dan puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Azliza Mohamed ni. Berbaloi sangat.
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung gandum, gula, garam dan marjerin ke dalam bekas bersesuaian. Gaul sebati semuanya. 2. Kemudian campurkan air sejuk sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi. Uli hingga jadi doh. Pastikan doh tidak keras dan tidak lembut.
3. Bila doh sudah sebati, bolehlah gentle-gentel doh menjadi bebola kecil terlebih dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.
4. Bila semuanya siap digentel dan diterap, panaskan minyak dengan banyak, goreng Kuih Siput hingga keperangan.
5. Angkat, toskan minyak dan sejukkan. Kuih Siput memang sangat sedap, rangup dan lemak manis.
Sekarang, ada pelbagai jenis air dan jus yang boleh dibeli secara online atau di bazar Ramadan. Tapi harganya pun boleh tahan. Apa kata puasa kali ini korang cuba buat sendiri empat jenis air ni. Bahan mudah dan cara membuatnya juga senang. Dah tentu-tentunya anda semua boleh jimat dan puas hati berbanding membelinya.
AIR PELANGI BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar 800ml air 100gm gula pasir | boleh tambah atau kurang ikut kesesuaian rasa Pewarna merah, kuning dan hijau 100gm nata de coco Sirup coco pandan | boleh guna air gula biasa Selasih secukupnya |rendam Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
Bagi menjadi 3 bagian kemudian beri pewarna merah, hijau dan kuning.
Setelah sejuk potong kecil agar-agar.
Cara menghidangkannya, masukkan agar berselang seli dengan nata de coco, siram dengan sirup gula.
Akhir selaki masukkan biji selasih dan ais secukupnya.
Air sedia dihidangkan.
Oleh : murlinafitri
WATERMELON LIMEADE BAHAN-BAHAN: 750gm tembikai | potong kecil 60gm air limau nipis 3 sudu makan gula | boleh tambah atau kurang Beberapa hirisan limau nipis Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1. Campur air limau nipis dan gula. kacau rata.
2. Blender tembikai dengan air secukupnya, kemudian tapis jusnya. 3. Campurkan jus tembikai dengan campuran air gula. 4. Kacau rata dan tuang dalam gelas dan tambah ais. 5. Hias dengan hirisan limau nipis. By @jescookingdiary
Jom cuba resipi Mi Kuning homemade ni. Sangat sesuai bagi anda yang suka mementingkan kualiti hidangan. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah dan asli. Istimewa, tiada asid borik, kapur atau pewarna tiruan digunakan dalam pembuatan mi ini. Memang bagus untuk kesihatan. Jom cuba.
RESIPI MI KUNING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
140ml-150ml bahan cecair ( terdiri dari: 1 biji telur + sedikit garam + serbuk kunyit + air biasa = timbang 140ml-150ml. Kacau rata.)
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan tepung dan air bancuhan tadi sedikitdemi sedikit sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Caranya sama macam nak adun donat.
2. Bila dah siap uli, ambil sedikit doh dan canai. Leperkan dan gelek atas papan pencanai hingga nipis.
3. Kemudian ambil pisau dan potong halus. Boleh juga potong lebar. Ikut citarasa. Untuk elak tepung melekat, tabur sedikit tepung pada pisau dan papan pencanai.
4. Didihkan air dalam periuk dan masukkan sedikit minyak. Rebus mi tadi hingga masak.
5. Angkat dan toskan. Lumur sedikit minyak pada mi bagi elak ia melekat. Jika nak goreng terus, tidak perlu gaul dengan minyak.
6. Sedia untuk dimasak mengikut resipi & cita rasa anda.