4 Jenis Kacang Bagus Untuk Kurangkan Berat Badan

Share

Bila kita dengar perkataan kacang, mesti terus terlintas di fikiran kita bahawa kacang tinggi kalori dan lemak. Walaubagaimanapun, lemak mono tak tepu (monounsaturated) juga dikenali sebagai ‘lemak baik’. Kacang adalah sumber bermanfaat untuk serat dan protein. Dua sumber yang sangat penting dalam diet seharian serta bagus dalam membantu untuk kurus dan kurangkan berat badan.

Kacang sesuai untuk dijadikan snek kalau kita lapar tetapi juga boleh dimasukkan ke dalam salad, yogurt, resipi, bijirin, gandum, dimakan dengan susu rendah lemak atau buah-buahan. Kacang ini berperanan sebagai memenuhi perut anda yang tiba-tiba rasa keroncong nak makan dan sabotaj usaha penurunan berat badan.

Jadi, terdapat 4 jenis kacang bagus dan memudahkan penurunan berat badan seperti berikut:

Almonds (Badam)

Ranking #1 sebagai kacang yang sangat bagus untuk diet. Badam mempunyai asid lemak Omega3, banyak serat dan protein. Makan badam, anda akan cepat kenyang jadi anda akan rasa kurang kempunan untuk makanan berlemak (nasi lemak lah kan), kalori karbohidrat yang tinggi.

 

Walnuts
Menurut webmd.com, walnut kira-kira sedozen atau badam setiap hari tidak hanya menyediakan snek yang sangat bagus untuk turunkan berat badan, malah keduanya juga boleh mengurangkan risiko kencing manis, kanser dan penyakit jantung.

Sama seperti badam, walnut kaya dengan asid lemak Omega3, tinggi serat dan protein. Walnut sebagai diet harian dapat membantu badan untuk menghilangkan kolesterol jahat (LDL) dan memberi manfaat serta membuatkan jantung lebih sihat.

 

Cashews (Gajus)
Seperti walnut dan badam, gajus dapat mengenyangkan perut yang paling cepat, mempunyai fosforus, zink, lemak sihat, tinggi serat dan protein. Sangat baik untuk mengurangkan berat badan apabila dimakan secara sederhana.

 

Pistachios
Dikenali sebagai salah satu daripada kacang berkalori yang lebih rendah, seseorang boleh makan 50 biji kacang pistachio yang hanya mengandungi 160 kalori disamping terdapat mineral, vitamin dan hampir tiga gram memenuhi serat setiap hidangan.

Maksimum dua auns kacang sehari sudah cukup untuk mengurangkan berat badan secara sihat, tanpa menambah kalori yang berlebihan dan juga majoriti makanan lain yang dimakan juga rendah kalori seperti sayur-sayuran segar dan buah-buahan.

 

 

Lemak dan minyak dalam kacang tidak mengandungi  Kolesterol Jahat (LDL). Kacang membuatkan jantung kita sihat, memberi rangsangan metabolisme untuk membakar lemak degil yang berlebihan. Pilih kacang mentah (raw) dan tidak masin. Menurut fitwatch.com, dengan memakan kacang tersebut untuk mengekalkan diet yang sihat dan senaman yang kerap boleh memberi manfaat kepada usaha kurangkan berat badan.

 

Kredit: Melissa Jalil 

IKLAN