Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat 4 Cara Cepat Nak ‘Defrost’ Lauk Pauk Sejuk Beku. 5 Minit Je...

4 Cara Cepat Nak ‘Defrost’ Lauk Pauk Sejuk Beku. 5 Minit Je Dah Lembut.

Bulan puasa ni memang agak mencabar bagi kaum ibu terutamanya bagi mak-mak yang berkerja. Mana taknya, sampai sahaja di rumah, kalut nak masak juadah berbuka untuk keluarga. Lebih parah lagi jika lauk yang nak dimasak tu, lupa nak dikeluarkan dari peti sejuk beku pada waktu pagi. Aduhai…memang bertambah huru-hara. Ada petua mudah untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ni. Dalam masa kurang 10 minit, ikan, ayam dan daging boleh lembut dan boleh dimasak. Cara-caranya ialah:

1. GUNA MICROWAVE

  • Cara ni paling mudah. Masukkan lauk sejuk beku anda ke dalam bekas dan letakkan di dalam ketuhar gelombang micro. Tekan butang ‘defrost’ dan tunggu proses tersebut siap. Hasilnya ais pada lauk pauk anda akan cair dengan mudah.

2. GUNA PERIUK

IKLAN
  • Bagi yang tak ada microwave, ada juga cara lain yang boleh dicuba selain merendam lauk pauk di dalam air. Anda hanya perlukan dua buah periuk ‘steel’. Basuh ikan/ayam/daging dengan cara mengalirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terungkupkan periuk pertama dan susun lauk beku anda pada bahagian belakang (bontot) periuk. Ambil periuk kedua dan isi air didalamnya. Kemudian letakkan di atas lauk tadi. Biarkan dan tunggu daging lembut. Masa yang diambil bergantung kepada tekstur bahan. Paling sesuai guna cara ini adalah untuk melembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.

3. GUNA CUKA MAKAN

IKLAN
  • Untuk cepatkan daging beku lembut, anda juga boleh menggunakan cuka makan. Caranya mudah sahaja. Ambil daging yang hendak dilembutkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka makan di dalamnya. Cuka mampu emnurunkan suhu kebekuan serta pada masa yang sama, mampu menjadikan daging empuk dengan mudah apabila dimasak. Setelah daging lembut, bilas dan masaklah seperti biasa.

4. GUNA AIR PANAS

IKLAN
  • Cara ini sesuai untuk melembutkan daging dan tidak begitu sesuai untuk ikan dan ayam. Apa yang anda perlu lakukan ialah masukkan air yang mendidih ke dalam bekas. Campur sedikit air biasa supaya suhunya sekitar 80C. Masukkan kepingan daging yang hendak dicairkan dan tunggu seketika sehingga aisnya cair. Toskan dan masaklah daging seperti biasa. Namun masa diambil juga bergantung kepada ketebalan daging. lebih nipis daging, lebih cepat ia lembut.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI