Rempah ratus menjadi agen penambah perisa dan penyedap rasa masakan termasuklah dalam masakan Melayu. Ditambah pula dengan gabungan bahan mentah tempatan seperti  santan dan daun kari, serai kunyit dan lengkuas dan cili, keenakan menjadi lebih terasa seperti dalam tiga menu  lauk  berasaskan kari yang RASA kongsikan ini.

3Menu Kari Ala Melayu Yang Boleh Dicuba.

KETAM KARI CILI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ketam | bersih dan potong dua
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1 sudu makan air asam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya|  menumis dan meng

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 2 biji buah keras
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
  4. Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api, ketam sedia dihidang panas-panas

3Menu Kari Ala Melayu Yang Boleh Dicuba.

KARI  DAGING TETEL BERSAMA NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk
  • 300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk
  • 1 litter santan kelapa
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan pes cili
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 batang serai | titik
  • 3cm lengkuas | titik

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas

 CARA MEMASAK: 

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar kacau lagi.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah gulai dengan serbuk cili yanag dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
  4. Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata dan masukkan santan.
  5. Tambahkan sera, lengkuas dan asam gelugor.
  6. Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
  7. Apabila daging empuk, masukkan nangka.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  9. Setelah cukup masak, tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

3Menu Kari Ala Melayu Yang Boleh Dicuba.

KARI MAMAK  IKAN JENAHAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan Jenahak
  • 4 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan halba campur
  • 1/2cawan air asam Jawa
  • 250ml santan kotak
  • 8 ulas bawang merah | hiris
  • 5 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN ISIAN:

  • 5 biji bendi
  • 2 biji terung panjang
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili hijau
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
  2. Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
  3. Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
  5. Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.
  8. Tutup api dan kari sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI