3 Resipi Juadah Petang Yang Colourful. Salah Satunya Kek Span Versi Indonesia

Share

Wow, ini pertama kali min dengar nama Bolu iaitu kek span versi Indonesia. Memang nampak sedap.

Resipi bolu dan kek marble adalah perkongsian daripada Rini Handayani, manakala lapis tepung pula daripada Syafiqah Nasuha.

BOLU COKLAT KUKUS

Bolu ialah nama kek yang ada di Indonesia. Jika nama lainnya ialah kek span. Dimasak dengan menggunakan kaedah kukus, hidangan ini sedap dimakan untuk juadah minum petang.

BAHAN-BAHAN:
1 biji telur
5 sudu makan gula – beli online di sini 
6 sudu makan tepung gandum – beli online di sini 
10 sudu makan susu cair – beli online di sini


1 sudu teh ovelet – beli online di sini 
1/2 sudu baking powder – beli online di sini 
1 sudu makan serbuk koko
1 mangkuk kecil coklat chips – beli online di sini 

CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mixer. Kacau sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan coklat chips. Gaul rata.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan cawan kertas atau acuan plastik lain.
4. Panaskan pengukus. Kukus selama 10 minit.

Kredit resipi: Rini Handayani

KEK MARBLE

BAHAN-BAHAN:

150 gm mentega – beli online di sini 
180gm gula kastor ( boleh juga buat 160gm jika tidak mahu terlalu manis) – beli online di sini 


5 biji telur gred A
50ml susu cair (boleh juga guna susu segar) – beli online di sini 
1 sudu kecil esen vanilla- beli online di sini 
Pewarna

CARA-CARA:
1.Kacau semua bahan kecuali telur dan tepung selama 20 minit atau sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung, kacau lagi. Selepas itu, masukkan telur satu demi satu. Kacau rata.
3. Bahagikan mengikut warna yang disukai. Masukkan ke dalam loyang mengikut turutan warna. Boleh juga buat lorekan di bahagian atas.
4. Panaskan ketuhar. Bakar dengan menggunakan suhu 160C sehingga masak.

Kredit resipi: Rini Handayani

 

LAPIS TEPUNG BERAS COLOURFUL

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung beras – beli online di sini
1 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini 
3 cawan santan segar
3 cawan air
1 cawan gula pasir – beli online di sini 
Secubit garam

CARA-CARA:

1.Satukan semua bahan dan kacau hingga gula larut dan tapiskan.
2. Bahagikn kepada 6 bahagian (boleh letak warna kesukaan anda)
3. Sapukan minyak atas loyang atau atas plastik.
4. Panaskan pengukus. Setiap lapisan kukus 7 minit, api jangan kuat sangat . Ulang lapis hingga habis bancuhan.. Kukusan yang terakhir kukus 20 minit..
5. Siap! Tunggu sejuk baru potong.

Kredit resipi: Syafiqah Nasuha

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:   

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:   

IKLAN