3 Resipi Ayam Panggang Homemade Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

Share

Ayam panggang homemade ala restoran ni memang sedap. Makan dengan nasi boleh, kalau nak hidang bersama kentang atau sayur-sayuran je pun layan. Tak perlu dah bayar mahal-mahal sebab anda pun boleh buat sendiri. Jom cuba! Anak-anak pasti suka.

 

RESIPI AYAM PANGGANG HOMEMADE

 

1. BBQ HONEY CHICKEN WINGS

BAHAN-BAHAN:

  • 8 ketul kepak ayam
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
  • 3 sudu makan  kicap manis
  • 5 sudu makan  sos lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan madu
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan  minyak jagung
  • Garam secukup rasa
  • Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam

 

CARA MEMASAK:

  1. Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
  2. Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
  3. Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .

INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.

 

2. GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN

BAHAN-BAHAN:

  • 8 keping bahagian paha ayam
  • 1 cawan yogurt putih
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 cm halia | cincang
  • 1 biji cili hijau
  • 1/2 sudu teh kunyit
  • 3/4 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 3/4 sudu teh garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
  2. Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
  3. Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
  4. Bakar hingga masak. Boleh guna ketuhar ( suhu 200c selama 15-20 minit atau hingga masak) atau pemanggang ajaib.

INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.

 

3. BBQ DRUMSTIK

BAHAN-BAHAN:

  • 4-6 ketul paha ayam
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 5 sudu makan sos lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan sos BBQ
  • 2 sudu makan jus lemon

 

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan paha ayam dan toskan.
  2. Gaul semua bahan bersama paha ayam.
  3. Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
  4. Bakar sehingga masak atau kekuningan.
  5. Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.

INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan isi.

 

IKLAN