Tak sangka bila RASA berkunjung ke dapur VIP kali ini, tetamu istimewanya Datin Thalia Baiduri Abd Rashid yang kami kunjungi sedang live di FB Iman Health & Beauty Hq sambil memasak di ruang dapur. Beliau langsung tidak kekok memasak sambil melayan pertanyaan followernya secara live. Sepanjang live Datin begitu mesra dan ramah sambil berkongsi resipi dan tip memasak.

Hampir sejam Datin Thalia live berkongsi tiga menu menyakinkan penulis, bahawa ibu muda yang cantik dan langsing ini memang pandai memasak. Buktinya dalam tempoh itu beliau berjaya menyiapkan tiga menu di mana tiga yang baunya sudah cukup menggoda selera. Menu ini turut dikongsikan dengan pembaca RASA semua.

3 Menu Kampung Air Tangan Datin Thalia Baiduri Ni Menggoda Selera.

SAMBAL PETAI IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan bilis | belah dua & goreng seketika
  • 4 papan petai | ambil isinya sahaja dan goreng separuh masak
  • 5sudu makan pes cili kering
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5-6 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak tumis hirisan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau seketika kemudian masukkan pes cili kering
  3. Terus kacau hingga pecah minyak, baru masukkan air asam jawa.
  4. Setelah tumisan agak garing masukkan petai dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  5. Kecilkan api dan terus kacau.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa dan sambal sedikit garing, tutup api.
  8. Sambal Tumis Petai Ikan Bilis sedia dihidangkan tumis.

3 Menu Kampung Air Tangan Datin Thalia Baiduri Ni Menggoda Selera.

GULAI TEMPOYAK UDANG DENGAN PUCUK KELEDEK
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 300gm udang saiz besar | bersihkan & tos
  • Secekak pucuk keledek | ambil pucuk & daun muda
  • 500ml santan pekat
  • 2 sudu makan tempoyak
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air jika perlu

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 15 biji cili padi
  • 4 biji buah keras

CARA MEMASAK:
1. Masukkan separuh santan bersama bahan kisar dalam periuk, kacau rata.
2. Setelah mendidih masukkan udang, kacau seketika masukkan pucuk keledek.
3. Terus kacau hingga pucuk keledek layu.
4. Seteusnya tambahkan dengan lebihan santan tadi.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah pucuk keledek lembut dan cukup rasa, tutup api.
7. Gulai Tempoyak Udang Dengan Pucuk Keledek sedia dihidangkan.

 

IKLAN

3 Menu Kampung Air Tangan Datin Thalia Baiduri Ni Menggoda Selera.

AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
  • 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 2 batang serai | kisar
  • 3cm lengkuas |kisar
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan kunyit serbuk
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ayam dalam mangkuk besar.
  2. Campurkan ke dalamnya semua bahan kisar dan serbuk ketumbar, jintan manis dan putih serta serbuk kunyit.
  3. Seterusnya tambahkan daun kari dan garam secukupnya.
  4. Gaul rata dan perapkan ayam dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit. Lebih baik kalau semalaman.
  5. Untuk menggoreng, panaskan minyak yang banyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
  6. Angkat, tos dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI