3 Idea Buat Minuman Sedap dan Melegakan Dahaga

Share

Ketika cuaca panas, ada kala rasa teringin nak minum minuman berais dengan harapan dahaga boleh dihilangkan. Pilihlah minuman yang boleh menyihatkan bukan hilangkan dahaga semata-mata. Misalnya jus kalamansi atau limau kasturi. Kebaikan limau ini selain boleh meningkatkan paras energi, turut mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu seseorang awet muda. RASA kongsi 3 resipi buat air.

JUS KALAMANSI ASAM BOI

Bahan-bahan
8 biji limau kalamansi (diperah dan ambil jusnya)
5 sudu makan gula pasir
3 gelas air
2 biji limau kalamansi (dihiris bersama kulit)
6 biji asam boi
Ais secukupnya

Cara membuat
1. Masukkan jus limau kalamansi bersama air dalam jag. Kacau rata sehingga gula larut.
2. Kemudian masukkan hirisan buah limau kasturi dan asam boi. Kacau lagi.
3. Masukkan ais secukupnya.
4. Untuk kelainan boleh hidangkan jus ini dalam botol.

SIRAP BANDUNG STRAWBERI LAICI

Bahan-bahan
2 sudu makan gula
Air secukupnya
2 sudu makan sirap
5 sudu makan susu cair
1 biji strawberi (dibelah 4)
5 biji laici dalam tin
Ais secukupnya

Cara membuat
1. Larutkan gula dalam air.
2. Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3. Masukkan strawberi dan laici.
4. Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.

JUS OREN SELASIH PUDINA

Bahan-bahan
2 biji buah oren (diambil jusnya sahaja)
3 gelas air mineral
4 sudu makan gula pasir
1 sudu makan selasih yang telah direndam
10 helai daun pudina
Ais secukupnya

Cara membuat
1. Masukkan jus oren ke dalam jag bersama air mineral dan gula.
2. Kacau rata sehingga gula larut.
3. Masukkan selasih, daun pudina dan ais. Kacau lagi.
4. Ambil empat biji limau kalamansi yang lain dan dipotong bulat untuk hiasan.

Selamat mencuba!

IKLAN