Kali ini RASA nak kongsikan tiga lokasi destasi gerai yang wajib korang singgah untuk dapatkan makanan dan minuman sedap. Jangan pandang rendah pada gerai sebab ada kala jualan mereka sedap-sedap belaka tau.
LOKASI PERTAMA: Nak Air Boba Sedap? Jom Singgah Gerai Ibu Ila Di Kampung Delek Kanan, Klang
Peminat pelbagai minuman boba yang sedap boleh cuba minuman tersebut di Gerai Ibu Ila, Kampung Delek Kanan, Klang. Cita rasanya bagai minuman boba yang mahal. Namun harganya sangat berpatutan. Selain boba, ada juga dijual minuman lai chi kang dan juga bomboloni.
Gerai ini dinamakan Gerai Ibu Ila bersempena dengan nama pemiliknya Rahila Eila. Waktu operasi adalah dari jam 12 tengah hari hingga jam 10 malam. Harga bermula dengan RM5 untuk lai chi kang. Minuman lain bermula dengan RM6 untuk saiz biasa dan RM8 untuk gelas besar.
GERAI IBU ILA
Lokasi: Kampung Delek Kanan (sebelah balai raya, berhadapan Kedai Dobi Kita dan Kedai Waq Dan Gas)
Waktu Operasi: Jam 12 tengah hari – 10 malam.
LOKASI KEDUA: Karipap Empat Segi Original Hanya di Karipap Klasik Rembau
Sejak 1960 karipap empat segi ini telah dijual dan menemui pelanggan setianya. Kini karipap empat segi yang dianggap lejen ini diteruskan legasinya untuk kekal memenuhi permintaan pelanggan.
Ashikin Kadir adalah generasi kedua yang memastikan pelanggan dapat terus menikmati karipap empat segi sebagaimana yang diusahakan oleh ibunya dahulu. Disebabkan karipap yang lain daripada yang lain ini, dia sangat berbangga dengan jenama Karipap Klasik Rembau.
Istimewanya, karipap itu dapat dinikmati panas-panas kerana digoreng digerainya sebelum dijual. Inilah yang menarik perhatian pelanggan kerana karipap digoreng panas sebelum dinikmati.
"Karipap Klasik Rembau yang asli hanya dijual di gerai saya, lokasinya di hadapan Fresco, Rembau. Tiada di tempat lain. Jika inginkan karipap empat segi asli air tangan ibu saya, boleh dapatkan di sini," kata Ashikin.
Demi memenuhi selera pelanggan juga, Ashikin menegaskan bahawa bukan hanya karipap klasik yang ada di gerainya. Namun pelanggan boleh dapatkan pelbagai jenis kuih-muih tradisional misalnya seri muka, kuih talam, akok dan kole kacang.
Ads
Justeru dia mengibaratkan gerainya sebagai one stop centre untuk orang ramai dapatkan kuih-muih untuk minum petang.
LOKASI KETIGA: Cendol Durian Terbaik Di Jalan Kebun Shah Alam
Kepada peminat cendol terutamanya cendol durian, kini anda mempunyai satu lagi lokasi untuk dituju. Cendol Durian Atok kini dibuka di Kampung Batu 7, Jalan Kebun. Memang nampak sangat menyelerakan cendol durian ni.
Kedai cendol durian ini beroperasi dari jam 2 petang hingga 11 malam. Jadi sesiapa yang berdekatan boleh datang ke sana. Cendol durian kawin bermula pada harga RM7 semangkuk atau cup.
Lokasi:
Char kuey teow USTAZ
Kampung BT 7 Jalan Kebun 40460 Shah Alam, Selangor
Berhadapan Pusat Rawatan ASSALAM
Jalan utama https://maps.app.goo.gl/FxG3Cp1hWaykjZkQA
Bertepatan dengan namanya Singgang Warisan, restoran ini cukup popular dengan sajian asli Terengganu. Selain lauk singgang yang menjadi ‘signature dish’ dan dijamin sedap, terdapat lebih 70 lauk pauk sajian Melayu asli di sini.
Berita baik buat penggemar hidangan Pantai Timur, lebih 60 peratus daripada menu sajian tradisinya adalah berasal dari Terengganu. Paling menarik pemiliknya bukan berbangsa Melayu tetapi pemuda berbangsa Arab Yaman , Mohammed Tareq Hamood yang kini telah pun menetap dan berkeluarga di Selangor.
Sejak bertemu jodoh dengan isterinya Aizatul Nadia Abd Aziz wanita kelahiran Terengganu, Tareq mula berjinak dan jatuh hati dengan makanan Terengganu.
“Ilham idea masakan adalah dari ibu mertua saya. Bagi saya masakan Terengganu memang hebat dan seharusnya warga kota diberi peluang untuk menikmati makanan ini di ibu kota,” cerita pencinta budaya dan juadah Melayu ini
Hiasan dalaman restoran ini cukup klasik dengan kraftangan wau bulan, kebaya songket dan potret bintang lagenda Allahyarham P. Ramle.
Ceritanya nama Singgang adalah sinonim dengan menu Terengganu manakala Warisan pula dipilih untuk menonjolkan warisan Melayu dalam hiasan dan makanan . Dari sini tercetusnya idea nama restoran ini.
Lagu arwah Saloma, P. Ramle dan S.M Salim dan filem Melayu klasik hitam putih menjadi halwa telinga apabila menikmati juadah di sini.
Jika di sebelah pagi anda boleh bersarapan nasi dagang, nasi minyak, pulut nyor, laksa Penang dan laksam. Di sebelah tengahari senarai lauk pauknya makin panjang. Uniknya sajian tengahari dihidang ala bufet dengan menggunakan periuk tanah bagi memastikan lauk sentiasa hangat dan sedap dimakan.
Restoran Singgang Warisan :
Alamat: 23, Jalan Atmosphere 3, Pusat Perniagaan The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor.
Waktu operasi : Selasa hingga Ahad dari jam 7.30 pagi – 10.30 malam.
Buat penggemar menu “chicken chop” pasti tahu menilai mana satu yang benar-benar sedap dan memenuhi citarasa. Kunjungan ke Kafe Chep’s Chicken Chop pasti tidak menghampakan. Kafe ini diberi nama ‘chep’ yang memberi maksud chef atau tukang masak.
Kafe yang terletak di pinggir bandar, iaitu di Plaza Jelutong, Bukit Jelutong ini menghidangkan makanan Barat dan Eropah mengikut cita rasa semasa.
Menurut pemiliknya Zainuddin Abu Hassan yang merupakan seorang “chef” dengan pengalaman di hotel dan mengendalikan dapur selama 25 tahun pastinya tahu apa yang terbaik buat pelanggannya.
Kafe yang diusahakan bersama isteri ini memulakan operasi sejak bulan Ogos 2020. “ Saya ingin berkongsi pengalaman sebagai Executive Chèf lebih dua dekad dengan menyajikan makanan ala Hotel dan sesuai dengan harga mampu milik.Walaupun dibuka ketika waktu pandemik, ia satu cabaran buat saya dan keluarga, tapi saya tetap menyahut cabaran sebab dengan keyakinan yang ada dan pengalaman saya mampu buat yang terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang bila mereka menikmati makanan yang disajikan,”ceritanya.
Pelbagai menu pilihan buat pelanggan
Memasuki ruang makan kafe ini ternyata memberi keselesaan untuk menjamu selera. Lebih 30 menu boleh dipesan oleh pelanggan mengikut cita rasa masing-masing.
Antara menu signature wajib cuba ialah Chicken Chop with Cheesy Cheese, Chicken Chop Salted Eggs, Meatballs (MeatBasher), Charcoal Chicken Chop Burger & Atlantic Salmon/ Salmon Aglio Olio with Mozzarella Cheese
Chicken Chop Salted Eggs memberi kepuasan sebenar buat penggemar telur masin. Potongan kepingan daging ayam dilapisi sos perasa telur masin. Salmon Panggang Atlantik’ dimasak sempurna juga dihias dengan salad dan sos enak, cukup rasa dan berbaloi menikmatinya. Selain itu kafe ini turut menyajikan Beef Steak, Sandwiches & Chep’s Caesar Salads.
Akui Chef Zainuddin sewaktu pandemik Covid-19 ini jualan kurang memberangsangkan namun media sosial seperti facebook , instagram , Telegram, Twitter banyak membantu bagi mempromosi menu yang ada di kafe ini. Buat yang ingin memesan makanan di waktu pandemik ini boleh saja lihat maklumat di bawah.
Alamat: Block C30/G, Persiaran Gerbang Utama, Plaza Jelutong, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam
Instagram: @Chep’sChickenchop
Fb: Chep’s Chicken Chop Waktu Operasi: 11am-3pm and 6pm-10pm setiap hari (tutup pada hari Isnin) Penghantaran: https://chepschickenchop.beepit.com/
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH LIHAT DI SINI.
Sunway Hotels & Resorts telah menyediakan “Signature Dishes” di mana ia adalah gabungan hidangan terkemuka oleh setiap Chef Eksekutif di Hotels & Resorts dari Malaysia, Cambodia and Vietnam.
Chicken Rice.
Hidangan terkemuka ini disediakan di setiap Hotels & Resorts sejak 1 Julai 2019 di mana para pelanggan boleh menikmati tujuh variasi hidangan terkemuka para Chef kami seperti Kari Kepala Ikan (Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur), Nasi Ayam (Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway City), Nasi Lemak Udang Berlada (Sunway Clio Hotel, Sunway City), Char Kway Teow (Sunway Hotel Georgetown, Penang), Cendol (Sunway Hotel Seberang Jaya, Penang), Deep Fried Spring Rolls (Sunway Hotel Hanoi, Vietnam) dan Char Beef Lok Lak (Sunway Hotel Phnom Penh, Cambodia).
Char Kway Teow.
Fish Head Curry.
Char Beef Lok Lak.
Gabungan-gabungan hidangan di atas memberikan pengunjung lebih keselesaan untuk menikmati ketujuh-tujuh hidangan di satu tempat sahaja tanpa membuang masa ke tempat atau negara lain. Tambahan lagi, pengunjung-pengunjung dapat merasai keasliaan dan kreativiti hidangan daripada Chef- chef Hotels & Resorts dengan harga yang amat berpatutan.
.
Bagi merasai keenakkan makanan ini, media di jemput untuk menikmati kesemua tujuh hidangan ini di samping chef-chef berinteraksi dengan lebih terperinci tentang Signature Dishes..
Nak tahu ayam segar atau tidak? Rahsianya ada pada warna buntut ayam! Ketahui cara mudah bezakan ayam segar, ayam tak halal, dan ayam bangkai sebelum beli di pasar.