Sangat membanggakan apabila negara kita Malaysia berjaya membawa pulang trofi Piala Dunia Pastri 2019 yang berlangsung pada 27 dan 28 Januari di Lynon, Perancis. Kali ini tiga chef kita telah mengharumkan nama negara selepas bersaing sengit dengan 21 wakil negara berbeza.
Trofi paling berprestij dalam dunia penghasilan pastri ini dimenangi oleh tiga chef pastri iaitu Wei Loon Tan, Otto Tay dan Ming Ai Loi. Lebih manis apabila mereka ini berjaya menjadi juara mengalahkan wakil tuan rumah yang pernah bergelar juara untuk pertandingan pada tahun 2017 lepas.
Ads
Tempat kedua dimenangi wakil dari Jepun iaitu Fumiaki Ito, Mirai Nishiyama dan Ryohei Oguma manakala pingat gangsa dibawa pulang oleh Lorenzo Puca, Maria Cortinovis dan Andrea Restuccia selaku wakil Itali.
Ads
Antara syarat pertandingan adalah setiap negara diwakili tiga peserta. Mereka diberikan masa selama 10 jam untuk menyediakan beberapa juadah antaranya 3 pencuci mulut coklat cara Valrhona, 19 jenis pencuci mulut dihidang di atas pinggan dan 3 pencuci mulut jenis buah beku daripada variasi capfruit.
Ads
Pada pertandingan kali ini juga, penganjur mahu setiap hidangan menonjolkan konsep vegetarian. Ini adalah kali pertama konsep sedemikian dibuat. Tahniah kepada chef Malaysia!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Berita baik buat para penggemar biscoff, Cinnabon kini telah memperkenalkan Siri Lotus Biscoff yang terdiri daripada satu Cinnabon dan dua minuman, disemai dengan rasa Lotus Biscoff yang cukup lazat.
Produk pertama dalam siri ini adalah Lotus Biscoff Cinnabon baharu. Ciptaan baharu ini menggabungkan roti gulung cinnabon yang ikonik dengan kekayaan karamel Lotus Biscoff. Cinnabon Malaysia telah mencipta frosting keju krim berperisa Lotus Biscoff, bersama-sama dengan karamel mewah dan serbuk biskut Lotus Biscoff. Gabungan ini menjanjikan hidangan yang tidak dapat dilupakan untuk keluarga dan rakan-rakan.
Boleh didapati dalam saiz klasik dan mini, Lotus Biscoff Cinnabon ditawarkan untuk masa terhad, menawarkan gabungan keselesaan dan kemeriahan perayaan yang menggembirakan di dalam satu hidangan yang lazat, menjadikannya ideal untuk dimakan bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.
Siri Lotus Biscoff juga memperkenalkan dua minuman baharu iaitu Lotus Biscoff Latte dan Lotus Biscoff Chillatta®. Minuman ini menonjolkan rasa Lotus Biscoff yang istimewa dan menjanjikan pengalaman minuman yang penuh kenikmatan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya.
“Kami teruja untuk membawakan rasa segar dan lazat ini kepada rakyat Malaysia, membolehkan mereka menikmati pengalaman baharu untuk isi rumah mereka. Dengan pengembangan kami yang berterusan di seluruh Malaysia, kami berharap dapat mencipta pengalaman rasa terbaik untuk peminat-peminat kami dan berharap semua orang berkongsi lebih banyak detik-detik manis dengan kami,” kata Andy Chaw, Pengasas AC Hesed Group.
Kunjungi Cinnabon di The Exchange TRX, Nu Sentral, Sunway Pyramid dan IOI City Mall dan rasai sendiri siri Lotus Biscoff terbaharu daripada Cinnabon ini! Anda pasti terpukau dengan kelazatannya!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
COVID-19 memberi kesan terhadap penduduk dunia. Kes yang semakin meningkat setiap hari menyebabkan kerajaan Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa bermula hari ini18 hingga 31 Mac dalam usaha mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.
Keadaan ini boleh dikatakan antara yang pertama kali dihadapi oleh rakyat dan tentunya mencetuskan panik. Malah ada juga yang kurang jelas mengenai tindakan yang harus dilakukan dalam tempoh Kawalan Pergerakan ini.
Hari ini menerusi ‘posting’ di laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan mengenai soalan lazim mengenai rawatan pergigian ketika Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.
Moga ia boleh membantu rakyat dalam membuat keputusan serta tindakan terbaik. Maklumlah, sakit gigi ni bukan perkara main-main. Bila datang berdenyut, nak tidur malam pun tak lena kan?
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Baru-baru ini Loyang House, kedai pembekal bahan dan peralatan bakerimembuka cawangan kedua di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Paling membanggakan ia adalah milik bumiputra, usahawan Muslimah muda Siti Hajar Zainal yang baru menjejaki usia 30 tahun bersama dua rakan niaganya.Loyang House makin berkembang dengan pembukaan cawangan baru ini.
.
Kedai pertama telah dibuka sejak 2015 dan cawangan terbaru dibuka pada disember tahun lepas. Di antara produk yang paling laris dijual di sini adalah tin dan loyang pembakar kek dan biskut dan juga kotak kek. Selain itu bahan ramuan kek seperti kacang gajus, badam, walnut, cip coklat juga turut mendapat sambutan hangat.Loyang House adalah pusat sehenti bagi anda yang ingin mencari acuan, tin pembakar kek, bahan-bahan kek dan bakeri dan macam -macam lagi.
.
.
Bahan bakeri sejuk seperti krim dan mentega dan lain-lain juga ada di sini. Menurut Siti Hajar bahan dan barangannya adalah hasil tempatan dan juga luar negeri. Bekas akauntan ini mengakui setelah membuat kajiselidik ‘survey’ industri bidang perniagaan ini dia melihat ia mempunyai potensi yang baik kerana kebanyakannya masyarakat Islam lah yang pandai membuat bakeri dan pasteri.
Loyang House memudahkan pelanggan mencari barangan halal kepada usahawan kek dan biskut dan menjadi pusat sehenti untuk mencari bahan ramuan dan barangan bakeri.
.
.
Latar belakangnya sebagai akauntan juga banyak menyumbang kepada karier bisnesnya dalam memastikan perjalanan urusan kewangan berjalan lancar. Hakikatnya jiwa dan minatnya memang sebati dengan perniagaan.
.
Nama loyang dipilih sebagai nama kedai kerana ia adalah simbolik kepada peralatan kek yang dekat di hati masyarakat Melayu. Nama yang cukup klasik.
.
Loyang House juga menawarkan perkhidmatan mencetak imej dan foto di atas kek, yang diperbuat daripada bahan yang halal dan boleh dimakan. Prinsip perniagaan kedai ini cukup mudah iaitu bergerak mengikut komen dan kehendak pelanggan.
.
Ia turut menyediakan khidmat ‘service delivery’ melalui bisnes online Shopee yang mendapat sambutan hangat daripada pelanggan. Impian Siti Hajar dan dua rakan niaganya adalah untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan dan menjadi pembekal terus bahan bakeri daripada dalam dan luar negara.
LOKASI :
1. Loyang House No 27-G, Wisma Moccis, Jelatek Business Centre, Jalan Jelatek 2, Kuala Lumpur, Malaysia 54200
2. Loyang House (cawangan baru ) : 25, Jalan Camar 4/5A, Seksyen 4, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Pemilik : Siti Hajar Zainal bersama dua rakan kongsi
Waktu operasi : Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum 10 pagi – 9 malam
ANDA SEDANG MENCARI MESIN PENGADUN DAN PENGISAR TERBARU, JOM LAYARINYA DI SINI.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.