26 Restoran Pilihan Thai Select Kini Diiktiraf Di Malaysia. Berita Baik Buat Penggemar Makanan Thai

Share

Penggemar makanan Thai kini boleh menikmati hidangan dari negara Gajah Putih itu dengan keaslian rasa persis berada di Negara Thailand.

Sebanyak 26 restoran Thai di seluruh Malaysia telah dipilih oleh Thai Select iaitu pensijilan berprestij yang dianugerahkan oleh Kerajaan Diraja Thai kepada restoran Thai di seluruh dunia yang memenuhi kriteria ditetapkan.

Makanan Thai cukup sinonim dengan rasanya yang manis, pedas, masam dan sedap. Justeru pemilihan setiap restoran ini dapat memberikan pengalaman menikmati makanan Thai yang kaya dengan pelbagai rasa dan keunikkannya terus ke pintu rumah anda.

Pengalaman Rasa Asli Makanan Thai di 26 Restoran Terpilih

Dalam satu taklimat ringkas baru-baru ini, Worawan Wanwil, Pengarah DITP Malaysia menyatakan bahawa restoran yang mendapat pengiktirafan Thai Select ini mengalami peningkatan yang ketara dalam perniagaan mereka.

“Anugerah ini meningkatkan pengiktirafan jenama kerana orang ramai mempercayai rasa asli masakan Thai. Kami juga menggalakkan mana-mana restoran yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah Thai Select, untuk menghubungi terus DITP Malaysia.

“Kami mengalu-alukan mana-mana pemilik restoran Thai di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan mereka untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Thai Select.”

Walaubagaimanapun, menurut beliau akan terdapat proses penilaian yang teliti bagi setiap pemilihan restoran yang dibuat. Antaranya adalah masakan dari chef asli daripada Thailand, penggunaan bahan-bahan yang terbaik dan paling segar untuk makanan asli Thai selain memastikan rasa yang cukup authentic

sepanjang masa.
Encik Worawan Wanwil, Pengarah DITP Malaysia

Jika anda penggemar makanan Thai, 26 restoran yang menjadi pilihan Thai Select ini bakal menawarkan pengalaman menjamu selera yang tiada tandingannya. Nikmati rasa asli dari Thailand tanpa perlu keluar dari Malaysia!

Terdapat tiga kategori untuk restoran terpilih iaitu Signature, Classic dan juga Casual. Berikut adalah senarai restoran yang mendapat pengiktirafan daripada Thai Select dan lokasi:

Thai SELECT Signature Category:

Gai by Darren Chin, Kuala Lumpur

LA Moon, Kuala Lumpur

KomPassion

Thai SELECT Classic Category:

Jatujak Bangkok Street Food, Selangor

Mr. Tuk Tuk (IOI City Mall), Selangor

Tommy Thongchai, Selangor

Baan Thai 2 Seafood & Thai Cuisine, Kuala Lumpur

Isan Thai Restaurant, Kuala Lumpur

Kengsom Thai Restaurants, Kelantan

Chatri Signature Authentic Thai Cuisine, Johor Bahru

Chokdee Thai Restaurant, Johor Bahru

Restoran Aqil Shafiee, Brunei

Amarin Heavenly Thai, Busaba Heavenly Thai, Celadon, Thai Thai, Pandan

Thai Delight, Malai Thai Cuisine, WhatSaeb Boat Noodles & Chilli Head Bar & Eatery

(Penang), Thai Luck Thai Cuisine (Taman Desa & Cyberjaya), Mr. Tuk Tuk (Starling Mall), Thai Tuk Tuk (Publika) 

Thai SELECT Casual Category:

Thai-in Mookata (Old Klang Road, Setapak & Kepong)

Untuk maklumat lanjut mengenai Thai Select Restoran, layari www.thaiselect.com atau atau hubungi DITP Malaysia di enquiry@thaitrade.my

 

 

IKLAN