Penggemar makanan Thai kini boleh menikmati hidangan dari negara Gajah Putih itu dengan keaslian rasa persis berada di Negara Thailand.
Sebanyak 26 restoran Thai di seluruh Malaysia telah dipilih oleh Thai Select iaitu pensijilan berprestij yang dianugerahkan oleh Kerajaan Diraja Thai kepada restoran Thai di seluruh dunia yang memenuhi kriteria ditetapkan.
Makanan Thai cukup sinonim dengan rasanya yang manis, pedas, masam dan sedap. Justeru pemilihan setiap restoran ini dapat memberikan pengalaman menikmati makanan Thai yang kaya dengan pelbagai rasa dan keunikkannya terus ke pintu rumah anda.
Pengalaman Rasa Asli Makanan Thai di 26 Restoran Terpilih
Dalam satu taklimat ringkas baru-baru ini, Worawan Wanwil, Pengarah DITP Malaysia menyatakan bahawa restoran yang mendapat pengiktirafan Thai Select ini mengalami peningkatan yang ketara dalam perniagaan mereka.
“Anugerah ini meningkatkan pengiktirafan jenama kerana orang ramai mempercayai rasa asli masakan Thai. Kami juga menggalakkan mana-mana restoran yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah Thai Select, untuk menghubungi terus DITP Malaysia.
“Kami mengalu-alukan mana-mana pemilik restoran Thai di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan mereka untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Thai Select.”
Walaubagaimanapun, menurut beliau akan terdapat proses penilaian yang teliti bagi setiap pemilihan restoran yang dibuat. Antaranya adalah masakan dari chef asli daripada Thailand, penggunaan bahan-bahan yang terbaik dan paling segar untuk makanan asli Thai selain memastikan rasa yang cukup authentic sepanjang masa.
Encik Worawan Wanwil, Pengarah DITP Malaysia
Jika anda penggemar makanan Thai, 26 restoran yang menjadi pilihan Thai Select ini bakal menawarkan pengalaman menjamu selera yang tiada tandingannya. Nikmati rasa asli dari Thailand tanpa perlu keluar dari Malaysia!
Terdapat tiga kategori untuk restoran terpilih iaitu Signature, Classic dan juga Casual. Berikut adalah senarai restoran yang mendapat pengiktirafan daripada Thai Select dan lokasi:
Ads
Thai SELECT Signature Category:
Gai by Darren Chin, Kuala Lumpur
LA Moon, Kuala Lumpur
KomPassion
Thai SELECT Classic Category:
Jatujak Bangkok Street Food, Selangor
Mr. Tuk Tuk (IOI City Mall), Selangor
Ads
Tommy Thongchai, Selangor
Baan Thai 2 Seafood & Thai Cuisine, Kuala Lumpur
Isan Thai Restaurant, Kuala Lumpur
Kengsom Thai Restaurants, Kelantan
Chatri Signature Authentic Thai Cuisine, Johor Bahru
Inginkan suasana santai dengan hidangan yang cukup enak dan menyelerakan sambil berbual dengan yang tersayang atau teman-teman. Mardhiyyah Hotel & Suites teruja memperkenalkan pilihan hidangan gourmet pelbagai rasa di Borak Borak Café & Lounge yang terletak di hotel berkenaan.
Nikmati menu A la Carte yang dihias cantik dengan rasa yang pastinya tidak mengecewakan. Terdapat lebih daripada sepuluh hidangan yang setiap satunya menjanjikan citarasa yang berbeza. Pilih sahaja hidangan kegemaran anda seperti Seafood Cartocchio, Pizza Daging Salai, Pasta Capellini Prawn Mushroom, Pasta Spaghetti Seafood Aglio Olio, Ayam Cajun Bakar, Burger Daging, Piza Tuna Pedas, Mentaiko Prawn Aburi dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan untuk hidangan ala carte di sini bermula dari RM 34.00.
Antara hidangan Ala carte yang ada di Borak Borak Cafe & Lounge
Selain hidangan ala carte, bagi yang ingin menikmati set hi-tea yang juga cukup menarik untuk dinikmati. Dihidang cantik di atas set bertingkat, menjadikannya hidangan ini sesuai untuk berkongsi dan mencipta detik yang tidak dapat dilupakan. Jadikan momen itu sebagai peluang untuk diraikan bersama yang tersayang.
Hidangan set Hi-Tea tersebut membawakan Tuna Vol-Au-Vant, Mushroom Risotto, Prawn Croquettes, Zaatar Chicken, Fatush Salad dan Club Sandwich. Promosi bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang setiap hari, pada harga RM 100.00 bersih untuk 2 orang. Akan mula dihidangkan kepada tetamu bermula 1 November hingga 31 Disember 2023, bagi yang ingin merasai sendiri keenakan hidangan di sini boleh terus menghubungi pihak Mardhiyyah Hotel & Suites.
Borak Borak Café & Lounge adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan, keluarga atau perjumpaan bersama klien dengan konsep tenang dan santai sambil menikmati aneka hidangan dan minuman sesuai dengan suasana hotel bertaraf 5 bintang.
Tahun lalu CNN melalui portalnya telah menyenaraikan 50 makanan paling enak di seluruh dunia versi pilihan pembaca. Dalam banyak-banyak yang ada, tak sangka hidangan Malaysia pun tersenarai juga! Menu yang menjadi pilihan tidak lain dan tidak bukan adalah Penang Assam Laksa! Wahhhh, memang membanggakan.
Di Malaysia terdapat banyak jenis laksa. Selain Penang Asam Laksa, antara lainnya adalah Laksa Johor, Laksa Kelantan, Laksa Sarawak, Laksa Pangkor, Laksa Kedah, Laksa Perlis dan banyak lagi. Semuanya mempunyai rasa serta keenakan yang tersendiri. Ia ibarat hidangan ‘signature’ yang wajib dicuba bila berkunjung ke negeri negeri tersebut. Kalau pergi bercuti tapi tak makanan makanan tempatan ni memang rugi. Semuanya unik dan sedap!
Jom kita lihat apa lagi senarai makanan yang menjadi pilihan ramai ni.
50 MAKANAN PALING SEDAP DI DUNIA VERSI CNN TAHUN 2017
( penerangan mengenai setiap hidangan boleh didapati di SINI. )
Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur adalah sebuah hotel bertaraf lima bintang yang terletak secara strategik di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Mempunyai 650 suite yang dilengkapi dengan kemudian bertaraf antarabangsa, restoran-restoran yang menghidangkan pelbagai hidangan, kemudahan rekreasi seperti taman permainan kanak-kanak, kolam renang, pusat kecergasan dan macam-macam lagi, pastinya menjadikan hotel ini lokasi yang patut dikunjungi
Sempena perayaan Krismas dan tahun baru yang bakal muncul, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur akan menawarkan para pelanggan pakej-pakej makanan menarik dengan harga yang berpatutan di Restoran Big Apple dan Restoran Samplings On The Fourteenth. Boleh bawa keluarga, rakan-rakan dan pasti anda akan rambang mata dengan pelbagai jenis pilihan makanan yang disediakan. Malah, anda berpeluang untuk memenangi hadiah bertuah seperti baucar penginapan dan makan hotel serta hadiah istimewa yang ditaja oleh 97bros.
Berikut adalah pakej-pakej atau buffet yang ditawarkan di Restoran Big Apple.
Christmas Eve Buffet Dinner
Tarikh & Masa: 24 Disember 2018 | 6.30pm – 10.30pm
Harga: RM138nett untuk dewasa, RM58nett kanak-kanak & RM69nett warga emas
Christmas Day Hi-Tea Brunch
Tarikh & Masa: 25 Disember 2018 | 12.30pm – 4.00pm
Harga: RM98nett dewasa, RM58nett untuk kanak-kanak & warga emas
New Year’s Eve Buffet Dinner
Tarikh & Masa: 31 Disember 2018 | 6.30pm – 10..30pm
Harga: RM148nett dewasa, RM58nett kanak-kanak & RM74 warga emas
New Year’s Hi Tea Brunch
Tarikh & Masa: 1 Januari 2019 |12.30pm – 4.00pm
Harga: RM98nett dewasa, RM58nett untuk kanak-kanak & warga emas
Manakala pakej makanan yang disediakan di Restoran Samplings On The Fourteenth adalah:
Christmas Eve 5-Course Set Dinner
Tarikh & Masa: 24 Disember 2018 | 6.30pm – 10.30pm
Harga: RM188nett seorang
New Year’s Eve 6-Course Set Menu
Tarikh & Masa: 31 Disember 2018 | 6.30pm – 10.30pm
Harga: RM228nett seorang
Sambutan Tahun Baru juga akan diadakan pada 31 Disember 2018 di Broadway Lounge jam 11.00pm – 2.00am dengan harga RM50nett per pax dan di Poolside Gazebo jam 9.00pm ke atas pada harga RM80nett per pax.
Untuk membuat tempahan/maklumat terperinci, boleh menghubungi Restoran Big Apple di 03 21178000 (ext.8133), Restoran Samplings On The Fourteenth (ext. 8131), Broadway Lounge (ext.8127) dan Poolside Gazebo (ext.8977) atau layari www.berjayahotel.com.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!