Cara-Cara Bancuh Nescafe Kaw Persis Air Tangan Barista Dari Kafe Tersohor.

Share

Resipi ini perkongsian dari saudara Wan LuQman

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu teh nescafe (jangan penuh menggunung)
  • 4-6 sudu teh susu cair
  • 1.5 – 2 sudu teh susu pekat manis
  • Air panas mendidih secukupnya

 

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan nescafe, susu cair dan susu pekat manis. Kacau rata.

2. Warna bila dicampur dan dikacau. Waktu ni bau macam dekat starbucks kononnya…hahaha. ( Jangan risau, ini just nice dan tak manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.)

3. Kemudian tuangkan air yang betul-betul panas mendidih.

4. Siap! Sedia untuk dinikmati.

 

Nota:

1. Kalau nak rasa macam Almond Latte, letak 1 sudu minyak kelapa dara.

2.Resipi ini adalah untuk hidangan seorang.

 

Kredit resipi & gambar: Wan LuQman 

 

IKLAN