16 Cawangan & Terus Berkembang, Gula Cakery Perkukuh Kedudukan Sebagai F&B Tempatan

Share

Gula Cakery terus mengorak langkah besar dengan pembukaan cawangan ke-16 mereka di The Curve, Damansara. Langkah ini bukan sahaja meluaskan capaian jenama, malah mengangkat Gula Cakery sebagai peneraju F&B tempatan halal milik bumiputera yang mampu berdiri di lokasi premium.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, pemilihan The Curve penuh simbolik. “The Curve ialah destinasi gaya hidup keluarga dengan reputasi premium. Lebih istimewa, pembukaan ini adalah hasil jemputan rasmi pihak pengurusan The Curve sendiri, satu pengiktirafan buat Gula Cakery,” jelasnya.

Flagship Experience dengan Sentuhan Premium

Cawangan di The Curve ini dianggap sebagai flagship experience. Direka dengan suasana elegan berinspirasikan European café, pencahayaan hangat dan ruang yang luas menjadikan kafe ini mesra untuk semua, namun tetap eksklusif.

Selain rangkaian kek ikonik yang sudah sinonim dengan Gula Cakery, cawangan ini turut memperkenalkan menu curated yang menggabungkan cita rasa Mexican, Western dan Lokal sekaligus membawa pelanggan menjelajah dunia gastronomi berbeza dalam satu meja.

Menghadapi Cabaran F&B dengan Inovasi

Dalam era pasca pandemik, Gula Cakery tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran kos operasi yang tinggi dan perubahan tabiat pelanggan. Namun, Gula Cakery terus mengekalkan kualiti dan layanan melalui latihan staf menyeluruh, kawalan kos strategik serta pematuhan standard premium, selari dengan reputasi lokasi di The Curve.

Keunikan Kekal Sama: 200 Perisa, Kek Segar Setiap Hari

Dari dahulu hingga kini, kekuatan Gula Cakery tetap sama: lebih 200 perisa kek original yang dihasilkan secara segar setiap hari, ditambah layanan mesra yang membuat pelanggan berasa “at home.” Di The Curve, keunikan ini ditingkatkan melalui menu curated, suasana premium dan storytelling perjalanan jenama yang autentik.

Inspirasi Oxford, Visi Global

Menariknya, pembukaan cawangan The Curve ini turut diinspirasikan daripada pengalaman Nor Arieni di Universiti Oxford, United Kingdom, menerusi Program Leadership Execution and Action Planning (LEAP). Ilmu kepimpinan dan strategi yang diperoleh di sana diterapkan terus dalam pengurusan Gula Cakery, termasuk empowerment staf, sistem operasi yang lebih tersusun serta penekanan kepada kesejahteraan pasukan.

“Program LEAP memberi keyakinan kepada saya bahawa jenama tempatan seperti Gula Cakery mampu berdiri setaraf antarabangsa, tanpa kehilangan identiti dan nilai kita,” jelasnya.

Harapan: Destinasi untuk Meraikan Detik Istimewa

“Kami mahu cawangan The Curve ini menjadi ikon kecil perjalanan Gula Cakery — bukan sekadar tempat menjamu selera, tetapi destinasi meraikan detik istimewa bersama orang tersayang. Dari Kota Kemuning ke Damansara, perjalanan ini membuktikan bahawa jenama tempatan mampu berdiri megah di lokasi premium, hasil kerja keras dan sokongan pelanggan setia,” tambah Nor Arieni.

Dengan 16 cawangan kini di seluruh negara, Gula Cakery terus membuktikan bahawa jenama tempatan halal bumiputera mampu melangkah ke peringkat premium tanpa mengorbankan nilai asal yang menjadikan ia unik.

Published by
Naqiyatul Uzma