Lain Macam Sedapnya Ayam Goreng Bawang Putih Viral Ni, Sedap Hingga Menjilat Jari

Share

Nak cuba menu ayam goreng rangup dan sedap ni? Boleh cuba buat ayam goreng bawang putih ni. Gerenti satu tak cukup. Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.

Nak tahu cara buatnya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Novelis Affieyza Isahak.

AYAM GORENG VIRAL

 Bahan kisar:

1 butir telur

1 biji bawang merah besar*

3 ulas bawang putih *

1 inci halia*

Curah atas ayam dan campurkan dengan:

2 sudu sos tiram

Kiub pati ayam (cairkan: ikut anggaran ayam banyak mana)

Serbuk perasa dan gula

2-3 sudu tepung ubi

Cara memasak:

1.Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.

2.Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.

3.Goreng sampai betul-betul garing.

4.Siap untuk dihidang.

Kredit: Novelis Affieyza Isahak

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN