Puding Serikandi Buat Untuk Berbuka Nanti

Share

Beberapa hari kita bakal berpuasa. Mungkin dah mengumpul resipi untuk berbuka. Puding antara pemanis mulut yang disukai ramai. Boleh buat puding ni, simpan dalam peti sejuk. Selepas berbuka nikmatinya sejuk.

 

Puding Serikandi (Puding Roti)

Bahan-bahan:

2 peket agar-agar tali 20g

2 tin susu cair

1 tin susu pekat

1 roti potong Gardenia pendek ( RM2.50 )

1 inci gula batu

Pewarna merah, hijau, kuning

 

Cara memasak:

1.Masak agar-agar tali dengan air 1.2 liter x 2 (atau secukupnya)

2.Masukkan gula batu.

3.Carikkan roti potong tadi ke dalam susu cair biar tenggelam dan kembang. (ambil putih sahaja yang tepi potong buang)

4.Agar-agar dah mendidih sebati cedok kepada 3 bekas buat warna merah, kuning, hijau. Sejukkan. (1 bekas dalam 2 ke 3 senduk sahaja)

5.Kecilkan api,masukkan susu pekat kacau sebatikan. Ikut tahap kemanisan anda suka.

6.Masak dengan api yang kecil.

7.Tiga warna tadi dah beku potong dadu.

8.Tabur ke dalam loyang lapisan pertama tabur warna warni yang dipotong dadu tadi dan masukkan roti yang direndam dalam susu cair tadi. Tuang agar-agar sedikit demi sedikit bagi tenggelam roti,ulang step sampai habis.

9.Sejukkan sedikit. Simpan dalam peti ais. Dan hidangkan

Selamat mencuba.

Kredit: Ain Ilfina

IKLAN