12 Finalis Hero Remaja 2021 Bakal Menemui Anda Pada 11 September Ini.

Share

Hero Remaja kembali lagi dalam edisi yang ke-11 dengan kehadiran Scha Alyahya dan Dato’ Rosyam Nor sebagai juri tetap program pencarian “Hero Remaja 2021” dan Shaza Bae (Dewi Remaja 2019) bergandingan dengan Nadhir Nasar (Hero Remaja 2020) sebagai hos sepanjang program ini yang akan ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) atau boleh distrim melalui aplikasi Astro Go

dan On Demand sebanyak 8 episod setiap hari Sabtu bermula 11 September ini tepat jam 9 Malam.

 

 

12 Finalis Hero Remaja 2021 akan di nilai dari segi potensi dan kelebihan setiap finalis sepanjang program ini sebelum dinobatkan sebagai juara di pusingan akhir nanti.

 

 

Mulai 22 September, penonton juga boleh menonton keletah dan gelagat sebanyak 8 “webepisode” pengalaman Bersama 12 finalis Hero Remaja 2021 ini menerusi laman digital dan media sosial Majalah Remaja sebagai hiburan tambahan.

Kelebihan program pencarian “Hero Remaja 2021” kalini adalah finalis perlu merebut dua gelaran selain gelaran juara Hero Remaja 2021 iaitu Hero Inspirasi dan Hero Favourite. Penonton yang mempunyai hero pilihan boleh mengundi dengan menekan butang ‘vote’ pada profil hero pilihan anda melalui laman web www.remaja.my/hero

pada setiap hari dan akan terus di buka sehingga finale.

Turut di raikan selaku penaja program pencarian “Hero Remaja 2021”, Nivea Men yang akan mempersiapkan finalis sepanjang program ini ditayangkan.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021 melalui laman web www.remaja/hero, Facebook [Majalah Remaja], dan Instagram [majalahremaja]
Hashtag :
#HeroRemaja
#HeroRemaja2021
#majalahremaja

 

IKLAN