Lemak, alahai gemuklah! Itu yang kerap terlintas difikiran bila kita disua dengan makanan berlemak. Tapi, korang tahu tak, bukan semua makanan berlemak itu boleh mengemukan. Tak percaya boleh baca info yang RASA kongsikan ini:-
KEKACANG
Kekacang seperti badam, walnut, kacang tanah, pecan, gajus pistachios dan hazelnut mengandungi lemak baik yang tinggi. Walaupun tinggi lemak, kekacang ini kaya vitamin E, lutein, zeaxanthin dan caratenoid. Semua zat ini elok untuk kulit dan mata tau.
AVAKADO
Avakado antara buah yang tinggi kandungan lemaknya, tapi jangan risau ye kerana lemaknya adalah lemak baik. Ia sangat sesuai untuk kesihatan jantung.
Ads
DARK CHOCOLATE
Walaupun tinggi kadar lemak, dark chocolate tinggi kandungan antioksidan. Ia membantu mengurangkan tekanan darah dan mengawal kadar kolestrol. Sihat je kan, tapi usah ambik berlebihan.
TELUR
Telur antara makanan berlemak yang murah dan disukai ramai, kaya protein, ia baik untuk jantung, otak dan kardiocaskular serta sistem saraf.
YOGURT
Makanan diperbuat dari susu yang difermentasi ini baik untuk kesihatan, mengandungi kalsium yang tinggi dan probiotik . Ia membantu meningkatkan fungsi usus dan membantu tulang lebih kuat.
MINYAK KELAPA
Minyak kelapa mengandungi 90 % lemak baik, tapi jangan takut kerana banyak pakar diet menyarankan kita semua mengambilnya untuk tujuan menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga mengurangkan risiko serangan jantung.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun mengandung vitamin E, K, dan antioksidan. Manfaatnya boleh mencegah peradangan dan melindungi dari partikel jahat LDL. Oleh itu, ia sangat baik untuk mengantikan minyak lain dalam masakan.
Ads
IKAN
Ikan juga kaya lemak baik dan tinggi kandungan omega-3 yang terkenal baik untuk kesihatan jantung. Antara ikan yang kaya omega-3 adalah salmon, tuna dan sardin.
MENTEGA
Mentega banyak dicampurkan dalam masakan, ia kaya vitamin A, K2 dan lemak baik, apa pun korang janganlah ambilnya secara berlebihan pulak.
Ads
BIJI FLAX
Buah ini sangat ajaib, biarpun tinggi kandungan lemak, bijian halus nini juga kaya dengan zat-zat baik seperti zat besi, serat, kalium, fofor, omega-3, karbohidrat, zink.
KEJU
Sebut je keju, ramai yang menggemarinya. Ternyata banyak kebaikannya walaupun ia tinggi kandungan lemak, tetapi keju juga kaya kalsium, protein, vitamin B12, selenium dan banyak lagi.
Tapi ingat korang, walaupun 11 makanan berlemak ini banyak manfaat kesihatan, tetapi janganlah ambil secara berlebihan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah. Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau! Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi. Aroma dia pergh lg sedap dr bawang yg br nak tumis atau bawang goreng kt kedai tu tau..
Cara dia mudah je, boleh tahan 3 bulan sekali buat..
Bahan-bahan:
Bawang putih ikut nak banyak mana…
Skrg bawang putih mahal ..kalu buat mcm ni boleh jimat
Minyak masak atau olive oil ya, sukatan dia bagi tenggelam bawang tu shj.
Kupas bawang putih pastu basuh cuci2 tau
Mayang halus2
Masukan minyak dengan api yg paling perlahan…
Pastu masuk la bawang putih
Dah nk kuning tu haa sila la angkat letak dlm bekas ok…kalu biar dlm tu hangussss nanti!
Khasiat bawang putih
Bawang putih membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok kerana ia akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksida seperti Selenium yang membantu mengurangkan radikal bebas di dalam darah yang akan membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.
Bawang putih mengandungi Allicin yang bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob dan berfungsi untuk mengatasi masalah jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Bawang putih mempunyai bahan anti inflammatory (anti keradangan) yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan keradangan pada artritis sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
Bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap masalah tiroid kerana bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi.
Bawang putih membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan kerana ia akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut.
Pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system) kerana aktiviti sel darah putih akan meningkat untuk melawan jangkitan dan tumor.
Bawang putih dapat membantu menurunkan kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Hebat kan bawang putih ni? Tapi awas, pengambilan bawang putih yang banyak boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak.
Kongsi Resipi: Cik Mil Neena & Mingguan Wanita
Lagi resipi untuk memudahkan kerja-kerja memasak yang berbaloi untuk di cuba!
Cara biasa sebelum menggoreng ikan, anda akan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng. Nak lagi sedap, gunakan rempah istimewa yang dikongsikan oleh Cik Puan Mai Mgnesium. Rempah yang terhasil ini boleh digaul dalam 4 jenis masakan anda. Resipi rempah ini diturunkan daripada ibu beliau. Jom cuba!
Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan Dengan Rempah Ini
Ikan goreng
Ubi kayu
Tempe goreng
Ayam goreng
5 Bahan Rempah Utama:
Bawang putih – banyak
Kunyit hidup – 2 inci
Jintan putih
Ketumbar
Garam himalayan atau sea salt
Cara mebuatnya:
Kisar/tumbuk sampai lumat. Bawang putih banyak pun tak apa. Bagus untuk sistem tubuh.
Tambahan
Boleh tambah tepung beras / jagung untuk salutan tapi sebaiknya tak perlu letak.
Masa mengisar jangan masukkan air banyak sangat
Cara Untuk Menggoreng Ayam
Masukkan lengkuas yang dikisar untuk serabut-serabut (tolong potong lengkuas dulu sebelum masuk dalam blender atau blender akan cepat rosak).
Boleh tambah daun kari untuk bangkitkan aroma.
Cara Untuk Menggoreng Ubi Kayu
Kredit: SurayaMsyed
Rebus dulu ubi kayu, tapi jangan sampai hancur. Kemudian barulah gaul dengan bumbu atau rempah.
Perap dalam 30 minit ke 1 jam dan goreng.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ubi kayu perap.
Boleh Ke Blend Banyak Dan Simpan?
Tak boleh, sebaiknya biarkan fresh
Boleh makan dengan sambal kicap johor
Sangan / Goreng Tanpa Minyak
Cara ini juga boleh dilakukan dengan menggoreng tanpa minyak sekejap rempah jantan putih dan ketumbar dalam kuali. Ia akan membangkitkan aroma rempah dengan lebih baik.
Mak Pesan
Jangan risau tangan kuning masa menggaul sebab kunyit tu kan bagus untuk kulit kita. Lagipun, mak kata gaul dengan tangan, enzim ibu tu masuk. Nanti anak-anak akan dengar cakap dan suami pun sayang lebih.
Korang tahu tak, dengan mengamalkan jus atau teh parsli adalah salah satu cara selamat dan murah untuk menurunkan berat badan. Daun parsli ini kaya dengan karoten, zeaksantin, vitamin C, E dan K adalah sumber antioksidan yang penting untuk kesihatan. Ia bertindak sebagai antibodi tubuh dengan cara mengoptimunkan proses-proses metabolism dalam tubuh.
Selain itu, dengan mengamalkannya, ia turut membantu proses pencernaan makanan menjadi lebih optimum sehingga penyerapan di dalam usus. Selain itu ia merupakan dieuntik semulajadi yang baik bagi mengatasi masalah saluran kencing, menghapuskan bakteria dan zat berbahaya dalam tubuh melalui air kencing.
Untuk mendapat khasiat , anda boleh amalkan dengan mengambil jus atau teh parsli secara rutin dengan kadar yang sesuai. Berikut, RASA sertakan resipi mudah teh dan jus parsli.
TEH PARSLI
BAHAN-BAHAN:
1 liter air
5 sudumakan hirisan daun parsli
CARA MEMBUAT:
Panas kan air dalam periuk.
Setelah mendidih masukkan daun parsli.
Kacau dan biarkan mereneh lebih kurang 15-20 minit.
Tuang dan tapis air rebusan dalam gelas.
Teh parsli sedia diminum
Amalkan minum teh ini tiga kali sehari, (pagi, tengahari dan malam) Untuk lebih berkesan boleh tambah perahan jus lemon. Jika diamalkan berterusan selama seminggu mampu menurunkan berat badan 3-5 kg dalam satu minggu.
JUS PARSLI
BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun parsli
1 biji lemon
1 gelas air putih
CARA MEMBUAT:
Cuci bersih daun parsli.
Masukkan dalam pengisar bersama air dan kisar hingga halus.
Tapis jus dalam gelas dan perahkan jus lemon di dalamnya.
Jus sedia diminum.
Cara mengamabil Jus sebelum makan, amalkans ecara rutin selama 5 hari sahaja.Selepas itu berhenti. Selepas 10 hari jika berat badan belum turun, anda boleh meminumnya semula Menurut sumber dengan mengamalkan minum jus parsli boleh menurunkan berat badan sehingga 3 kg seminggu.
Korang yang nak berdiet, cubalah petua diet dengan mudah ni, tapi jangan lupa lakukan juga senaman dan amalkan pemakanan sihat. Gerenti diet anda lebih berkesan.