Wah baru tahu ! Masak pasta bukan main rebus, tos,campurkan sos,kemudian gaul rata dan makan. Salah rupanya selama ni, tak sangka, ada cara yang betul agar hasil pasta yang dimasak sedap seperti hotel lima bintang mahupun restoran Fine Dining.Apa lagi jom semak apakah rahsianya rebusan pasta yang sedap ini supaya lepas ini bolehlah anda semua masak pasta sendiri di rumah ye…
Saiz Hidangan
Untuk menyediakan satu hidangan spageti, ia lebih kurang 100 gram. Biasanya chef-chef profesional merebus pasta dengan nisbah 100gm pasta, 1 liter air adan 7gram garam bersama.
Sukatan Air
Jika merebus menggunakan periuk, isi air sehingga 2/3 periuk. Pastikan air tidak keluar bila mendidih. Jika terlalu sedikit pasta akan melekat oleh itu masukkan pasta hanya selepas air mendidih.
Ads
Garam
Merebus sebenarnya sebahagian dari proses memasak, jadi anda perlu tambahkan garam dalam air rebusan kerana garam bukan hanya penambah rasa tetapi juga membantu menaikkan suhu air.
Elak Guna Minyak
Ramai beranggapan dengan tambah sedikit minyak, pasta yang direbus tidak melekat. Ia akan menyebabkan sos pasta tidak melekat dan menyebabkan rasa sos kurang menyerap pada pasta.
Cara Kacau
Kecilkan api sebelum memasukkan pasta, jika pasta pendek seperti macaroni terus sahaja kacau perlahan supaya tidak melekat. Untuk spageti dan fetuccine, tunggu satu minit sebelum dikacau. Cara kacau juga berhati-hati, kacau dengan gerakan membentuk angka lapan setiap 3-4 minit dan jangan tutup periuk semasa merebus.
Al Dente
Al Dente merujuk pada tekstur pasta yang masak sempurna sepenuhnya. Tidak lembek atau keras bila digigit dan kunyah. Ia merujuk pada bahagian luar pasta lembut tetapi di dalamya masih sedikit keras. Tekstur ini paling ideal terutama jenis pasta panjang seperti spageti.
Ads
Memasak Pasta
Memasak pasta tidak perlu direbus lama, cukup sekadar rebus sekejap kemudian tos dan masukkan dalam periuk semula. Tutup dan biarkan lebih kurang 10-15 minit untuk memastikan pasta masak sepenuhnya selepas direbus.
Jangan Cuci Pasta
Memasak pasta tak seperti memasak mi biasa yang perlu dibilas setelah ditoskan. Untuk pasta, selepas rebus tos sekejap tanpa perlu dibilas. Jika dibilas pati pasta akan hilang sedangkan, pati itu membantu menyerap sos dengan sempurna.
Ads
Cara Campur Sos
Setelah toskan air campurkan pasta dengan sos, kemudian tuang sedikit minyak Zaitun agar pasta tidak melekat semasa digaul rata.
Guna Air Rebusan Cairkan Sos
Jika sos pekat sebaiknya cairkan dengan air rebusan pasta. Oleh itu, semasa tos pasta, tinggalkan sedikit air rebusan untuk digunakan untuk mencairkan sos jika terlalu pekat. Bila sos cair sedikit ia menjadikan sos melekat sempurna pada pasta.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Wah mendengar nama sudah tahu pasti kek oren yang dihasilkan juga enak. Rasa manis dengan aroma oren menyatu sungguh sempurna untuk temani minum.
Resipi istimewa daripada Mamamemey Airish ini, boleh dihidang dengan 2 cara iaitu sama ada kosong ataupun dengan frosting.
KEK OREN POPPY SEED
BAHAN-BAHAN:
250g mentega (saya guna Anchor) – beli online di sini 200g castor sugar (saya guna molasses) – beli online di sini 1 biji oren | diparut kulitnya 4 biji telur grade A 4 sudu makan susu cair + jus dari sebiji oren tadi + 1 sudu makan oren sunquick (jadikan buttermilk – buttermilk ni yang akan buat kek jadi lembab) 260g tepung naik sendiri (atau tepung gandum diayak dengan 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh tepung jagung) 2 sudu makan poppy seed (boleh kurang boleh tambah ikut suka. Banyak sangat pun pelik pula nanti jadinya)
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 160’C. Ikut jenis ketuhar masing-masing ya. Yang ni, saya guna ketuhar Elba. Kalau ketuhar Europa 180’C. Terpulanglah kepada jenis ketuhar masing-masing tau. 2. Pukul mentega + gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji dan juga kulit oren. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung secara bertahap berselang seli dengan buttermilk. 4. Kemudian, masukkan poppy seeds. Kacau guna spatula je.
5. Tuang dalam baking tin atau apa-apa bekas yang sesuai. Kalau baking tin, sapu mentega dulu keliling tu, yang bawah lapik dengan baking paper. 6. Bakar selama 40-50 minit atau sampai masak. Kalau dah masak tu, keluarkan je dari ketuhar. Tak perlu tunggu sampai cukup masa yang diberi.
*Kalau tepi kek tu nampak dah renggang dari tin dan bila lidi yang dicucuk tu bersih keluarnya, maka dah masak la tu. Kadang kita boleh tau dari bau kek yang keluar dari ketuhar.
Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, tetapi masih tercari-cari menu nak masak apa, jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma, Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah. Set ini sesuai untuk kenduri dan hidangan makan tengahari mahupun malam. Ingin mencuba resipi tak perlu tunggu tetapi datang, boleh je masak untuk hidangan keluaraga sendiri .
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3cm lengkuas | hiris memanjang
2cm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
NASI KURMA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
3 sudu makan rempah kurma
2 kiub pati ayam
1 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji tomato | potong dadu
Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.
3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.
6. Tutup semula periuk nasi.
7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris
2cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu besar udang kering
1 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Bersahur mempunyai banyak manfaatnya. Selain mendapatkan tenaga untuk melakukan rutin harian, sahur juga membawa keberkatan dalam hidup dan pahala yang dijanjikan Allah. Salah satu lauk yang senang nak dimasak adalah ayam goreng kunyit. Simple je.
Rasa enak ayam yang digoreng garing dengan kunyit hidup. Tambah lagi rasa pedas dari lada hitam dan cili padi yang menambahkan selera anda.
AYAM GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Ayam (dada ayam)
Kunyit hidup
Bawang putih
Cili padi
Bawang Holland
Kacang Panjang
Holland Peas
Lada hitam
Kicap soya cair
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk kunyit dan bawang putih sehingga agak-agak lumat.
2. Masukkan cili padi tumbuk ala ala pecah.
3. Masukkan bahan-bahan ini didalam bekas ayam yang telah dihiris halus tak berapa nak halus.
4. Satu sudu setengah kicap cair.
5. Setengah sudu lada hitam.
6. Gaul sehingga sebati. Tidak perlu letak garam sebab sudah ada kicap cair tetapi jika tidak ada boleh tukar kepada garam.
7. Panaskan minyak…sepanas panasnya…minyak ngam2 sama level ngan ayam…sebab nak bagi masak sekata….
8. Bila bahan goreng sudah hampir garing. Keluarkan minyak dan tapis. Tinggalkan dalam satu atau 2 sudu minyak dalam kuali itu.
9. Masukkan sayur tetapi tidak perlu lama sebab layu nanti kecut. Kilas 2 atau 3 kali sayur dengan isi ayam dan tutup api. Rasa jika tawar boleh tabur kan sedikit garam.
Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila musim panas, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh....