Kadangkala bahan yang ringkas, jika kena dengan cara masaknya, tetap sedap untuk dijadikan lauk utama. Sebagai contoh, masakan menggunakan telur ni. Bukan setakat goreng cicah kicap je tau. Macam-macam boleh buat. Nak-nak di bulan puasa ni, lauk telur memang boleh jadi penyelamat dikala tak ada selera makan atau kesuntukan masa memasak. Selamat mencuba!   

 

1. RENDANG TELUR CILI KERING 

10 Menu Berbuka & Sahur Yang Boleh Masak Guna Telur.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur |rebus
  • 6 biji bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci halia  | kisar
  • 1 inci kunyit hidup  |kisar
  • 2 batang serai | hiris
  • 1 helai daun kunyit | hiris
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 mangkuk santan
  • Sedikit minyak
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
  2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
  3. Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
  4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

2. ASAM PEDAS TELUR MASIN 

10 Menu Berbuka & Sahur Yang Boleh Masak Guna Telur.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur masin
  • 1 sudu teh halba
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih |kisar
  • ½ inci halia |kisar
  • ½ inci kunyit hidup |kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 tangkai daun kesum
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
  2. Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

3. SAMBAL TELUR BERSERAI 

10 Menu Berbuka & Sahur Yang Boleh Masak Guna Telur.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur | rebus dan goreng
  • 8 biji cili merah | dikisar
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih |dikisar
  • 1 batang serai | titik
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
  2. Akhir sekali masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

IKLAN

4. PAIS TELUR MASIN  

10 Menu Berbuka & Sahur Yang Boleh Masak Guna Telur.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur masin
  • 1 biji telur biasa
  • Sedikit hirisan daun kunyit
  • Sedikit hirisan daun limau purut
  • Sedikit hirisan serai
  • 2 sudu makan santan pekat
  • Daun pisang untuk membungkus secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan daun pisang.
  2. Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
  3. Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
  4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
  5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
  6. Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
  7. Keluarkan dan sedia dihidangkan.

 

5. SUP TELUR CENDAWAN TIRAM 

10 Menu Berbuka & Sahur Yang Boleh Masak Guna Telur.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 10 tangkai cendawan tiram |potong
  • Sedikit bunga kubis |potong
  • Sedikit daun sup |racik kasar
  • Sedikit suhun
  • 1 mangkuk air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi. Apabila sudah naik baru, masukkan air. Kacau perlahan.
  2. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
  3. Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

6. SAMBAL TELUR HANCUR 

IKLAN

10 Menu Berbuka & Sahur Yang Boleh Masak Guna Telur.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih |kisar
  • 5 sudu makan cili kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit asam jawa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
  3. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
  4. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

7. TELUR MASAK KICAP 

10 Menu Berbuka & Sahur Yang Boleh Masak Guna Telur.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur | rebus dan digoreng
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci halia | kisar
  • Sedikit kicap manis + kicap masin
  • 2 helai dau bay
  • Sedikit cuka
  • Sedikit hirisan cili benggala hijau
  • Sedikit hirisan cili benggala merah
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit bau. Masukkan daun bay dan masak sehingga bahan garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air, cuka, dan kicap manis serta kicap masin. Biarkan mendidih. Bila kuah agak pekat, masukkan telur dan hirisan cili benggala. Kacau sekata.
  3. Angkat dan sedia dinikmati.

 

8. MUFFIN TELUR 

IKLAN

10 Menu Berbuka & Sahur Yang Boleh Masak Guna Telur.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 2 sudu susu cair
  • Sedikit daun ketumbar
  • 4-5 ekor udang hidup | buang kulit dan potong kecil
  • Sedikit daging ayam | potong kecil
  • Sedikit cili benggala merah | potong dadu
  • Sedikit cili benggala hijau  |potong dadu
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan pukul hingga telur hancur.
  2. Masukkan dalam bekas muffin. Bakar selama 10 minit pada suhu 170C. Keluarkan.
  3. Sedia untuk dihidangkan.

 

9. MASAK KURMAK TELUR REBUS DENGAN CILI HIJAU 

10 Menu Berbuka & Sahur Yang Boleh Masak Guna Telur.

BAHAN-BAHAN:

  • 50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit – boleh juga guna telur itik
  • 400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
  • 8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong  empat
  • 12 biji cili besar hijau | dikisar halus
  • 300ml air
  •  8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
  •  2 biji bawang besar | dihiris halus
  • 2 labu bawang putih | dihiris
  • 4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
  • Rempah 3 beradik secukupnya
  •  Minyak untuk menumis
  •  3 helai daun pandan | disimpul
  •  4 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau . Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik .
  2. Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan air diikuti santan.  Kacau rata.  Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam  dengan secukupnya.
  5. Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.

 

10. MASAK LEMAK TELUR ITIK DENGAN MANGGA MUDA 

10 Menu Berbuka & Sahur Yang Boleh Masak Guna Telur.

BAHAN-BAHAN:

  • 50 biji telur itik
  • 200gm cili padi akar | dikisar
  • 200gm cili padi kampung | dikisar
  • 4 helai daun kunyit | dihiris halus
  •  5 biji kunyit hidup anggaran sebesar ibu jari | dikisar
  • 4kg santan pekat
  • 4 batang serai
  •  7 biji mangga muda | dipotong panjang
  • Garam dan perisa secukup rasa
  • Sedikit air

BAHAN MEREBUS TELUR:

  • 2 mangkuk air
  • Sedikit cuka makan

CARA MEMASAK:

  1. Kisar halus cili padi dan kunyit. Ketepikan.  
  2. Masukkan air ke dalam periuk dan campurkan sedikit cuka makan. Didihkan dengan api yang kuat.
  3. Setelah menggelegak, kecil api dan pecahkan telur itik satu persatu. Jumlah telur yang dimasukkan bergantung kepada saiz periuk.   
  4. Setelah telur itik masak, angkat dan asingkan ke dalam penapis. Ulang langkah sehingga telur itik.
  5. Dalam periuk lain, campurkan bahan kisar, serai, 1kg santan dan sedikit air. Biarkan sehingga sedikit mendidih.
  6. Kemudian masukkan kesemua telur itik yang telah dimasak tadi.
  7. Masukkan lebihan santan dan kacau perlahan sehingga mendidih.
  8. Akhir sekali masukkan mangga dan perasakan dengan garam, gula serta taburkan daun kunyit.
  9. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Kaedah merebus telur terlebih dahulu digunakan untuk memasak dalam kuantiti yang banyak. Jika masak dalam kuantiti sedikit,  terus pecahkan telur ke dalam kuah masakan .

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI