Buah-buahan memang kaya dengan serat. Ia juga boleh mengawal nafsu makan tau. Apa tidaknya ia memberi rasa kenyang dan rendah kalori. Sebab itulah buah-buahan itu elok dimakan sebelum waktu makan sajian utama yang lain.
Tapi jangan pulak makan makanan lain yang boleh menaikkan gula darah pulak. Jadi tak berkesanlah makan buah-buahan ini. Bersederhana tu kan baik. Jom semak buah-buahan yang elok untuk pesakit diabetes kerana rendah indeks glikemik (GI) dan kaya khasiat.
* indeks glikemik (GI) adalah tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas karbohidrat menaikkan paras glukosa dalam darah.
1. EPAL
Kredit foto : foodrebiz.com
Epal mengandungi antioksidan yang membantu kurangkan tahap kolestrol. ‘Membersihkan’ sistem penghadaman dan meningkatkan sistem pertahanan atau imunisasi . Nutrisi di dalamnya boleh membantu penghadaman lemak.
Ads
2. OREN
Foto kredit : robinhill.ie
Buah yang kaya dengan vitamin C ini elok dijadikan rutin makanan harian.
3. JAMBU BATU
Kredit foto : gardeningknowhow.com
Buah jambu batu kaya dengan vitamin A dan C dan kaya dengan serat. Kadar GI juga rendah dan elok untuk penghidap diabetes yang sering mengalami masalah sembelit.
4. PIR
Kredit foto:; thespruceeats.com
Kaya dengan vitamin dan serat. Boleh dijadikan kudapan atau snek antara waktu sajian.
5. PIC / PEACH
Kredit foto : rawfactoryflavor.com
Buah ini rendah GI (index glikemik) dan elok dimakan oleh penghidap diabetes.
6. KIWI
Ads
Kredit foto : mohave.edu
Walau pun buah ini baik dimakan untuk penghidap diabetes namun ia perlu dielakkan oleh pesakit ‘diabetic nephropathy’ iatu pengidap diabetes yang telah mengalami kerosakan buah pinggang kerana kandungan potassium di dalam buah ini agak tinggi.
7. NANGKA
Kredit foto : rfsdelivers.com
Ini adalah buah yang baik untuk pesakit diabetes, ia membantu meningkatkan pertahanan insulin dalam tubuh. Ia kaya dengan vitamin C dan A.
8. BUAH-BUAH BERI
Kredit foto : health.com
Sumber yang kaya dengan anti oksidan. Buah seperti strawberi, bluberi,raspberi,cranberi memang bermanfaat utnuk pesakit diabetes.
Ads
9. BELIMBING BESI
Kredit foto : drhealthbenefits.com
Baik untuk penghidap diabetes kerana ia boleh mengurangkan kadar gula darah tetapi awas dan elakkan memakannya oleh penghidap diabeties yang mempunyai masalah berkaitan buah pinggang
10. NENAS
Kredit foto : thespruceeats.com
Buah ini baik untuk penderita diabetes.Nenas bermanfaat untuk tubuh kerana ia memiliki sifat anti-virus dan anti-inflamasi yang baik, pastinya sangat baik untuk penghidap diabetes.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Siapa yang suka makan jering, mesti ramaikan? Ulaman yang kuat baunya ini sebenarnya bukan sekadar ulam, tetapi boleh dipelbagaikan jenis masakan dengan rasa yang sedap. Malahan jering juga kaya dengan kandungan nutrisi seperti Vitamin A, B, C , zat besi protein dan banyak lagi kebaikannya. Sayangnya di sebalik rasa sedap itu, bau jering agak kuat menyebabkan ramai tidak menyukainya. Jangan risau masalah bau boleh ditangani kalau korang ikut petua ini:-
Pilih Jering Tua
Untuk tujuan masak, Korang kena pilih jering tua, yang muda hanya sesuai untuk ulam. Pastikan juga jering tua yang korang pilih tu, tidak busuk atau ada tanda berlubang-lubang.
Rendam
Sebelum dimasak, jering hendaklah direndam terlebih dahulu sekurang-kurangnya enam jam. Atau paling baik, semalam sebelum sedia dimasak. Cara ini membantu mengurangkan bau kuat pada jering. Cara rendaman, korang boleh guna air ais atau campuran air kapur.
Rebus
Selepas direndam, jika masih kuat lagi baunya, korang boleh rebus pula dengan daun limau purut atau jambu batu hingga empuk. Cara ini dijamin boleh hilangkan bau jering yang kuat, juga kurangkan kandungan racun dalam jering, tetapi jangan rebus terlalu lama.
Memasak
Sebelum jering dimasak dengan menu kesukaan, korang boleh empukkannya dengan cara ketuk atau hiris nipis jering yang telah direndam atau rebus tadi. Tujuananya supaya bahan tumisan meresap masuk dan sebati dengan jering.
Dah baca? Senangkan, lepas ni korang boleh makan jering yang sedap ini tanpa rasa risau akan baunya yang kurang menyenangkan ini.
Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul. Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS
JEMUR PANAS
Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.
GUNA CILI KERING
Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.
LETAK BAWANG PUTIH
Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.
HALAU GUNA DAUN PUDINA
Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.
DAUN LIMAU PURUT
Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
SIMPAN BERSAMA KULIT KAYU MANIS
Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.
Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.
Kepala ikan bilis biasanya akan diasingkan terlebih dahulu sebelum memasak atau menggunakan ikan ini dalam masakan.
Tapi selepas diasingkan, kepala ikan bilis jangan terus dibuang. Ia masih ada kegunaannya terutama jika turut menanam sayur dan pokok bunga di laman rumah.
Bahagian ini boleh dijadikan baja yang sangat berkesan untuk tanaman. Selain tulang ikan bilis yang selalu kita asingkan malah serbuk hancur di bawah bungkusan ikan bilis juga boleh digunakan.
Bagaimana untuk buat baja dari sisa ikan bilis ini? Caranya sangatlah mudah.
1. Ambil satu cawan sisa ikan bilis campur dengan 2 liter air.
2. Kisar keduanya hingga hancur dan ia boleh terus digunakan.
3. Boleh terus siram pada pangkal pokok bunga untuk supaya berbunga lebat. Jika tanam pokok cili juga siram untuk melebatkan buahnya.
Tip simpan ikan bilis yang siap dibersihkan
Ikan bilis lebih elok simpan dalam peti sejuk bahagian ‘chiller’. Tetapi sebelum itu pastikan ikan bilis dibungkus dalam plastik atau bekas kedap udara.
Elakkan dari sinaran cahaya matahari secara langsung terhadap ikan bilis. Sebab pancaran UV yang berterusan akan rosakkan ikan bilis.