
Sekarang ni ramai yang belajar buat tauhu bergedel sebab nak niaga. Tak salah kalau korang pun cuba buat untuk makan sendiri. Nah, ni kami berikan resipinya. Puas makan.
TAUHU BERGEDEL DAGING
BAHAN TAUHU
• 5 biji kentang (rebus dan lenyek)
• bawang goreng
• daun sup
• daging cencang (rebus dengan sedikit garam)
• garam
• telur ayam
• minyak masak untuk menggoreng
• tauhu kosong
CARA MEMBUAT TAUHU
1. Masukkan kentang, bawang goreng, daun sup, daging cencang dan sedikit garam ke dalam bekas.
2. Gaul sampai bahan-bahan sebati.
3. Rasa sedikit bahan-bahan tadi. Jangan terlalu masin. Kalau masin sangat tak sedap sebab kita nak makan tauhu ini dengan sambal cili kicap.
4. Sumbat bahan-bahan tadi ke dalam tauhu kosong. Tebuk tengah-tengah tauhu untuk senang nak isi bahan-bahan tadi ke dalam tauhu.
5. Isi bahan-bahan tadi penuh pada tauhu dan betul-betul padat.
6. Dah siap sumbat, pecah sebiji telur ayam dalam bekas. Pukul sedikit telur ayam itu.
7. Celupkan tauhu tadi ke dalam telur ayam.
8. Goreng dalam minyak masak panas sehingga tauhu tadi berwarna perang. Toskan minyak.
8. Siap untuk dihidangkan bersama sambal cili kicap.
BAHAN SAMBAL CILI KICAP
• 3 ulas bawang putih
• 15 biji cili api
• 1/2 cawan kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan sampai hancur. Masukkan dalam bekas.
Resipi oleh Shaeila Ehin dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Jala Mudah Sukatan Bancuhan 1 Kg Tepung

Isi Kandungan
ToggleRoti Jala ni mudah je nak buat. Kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Tapi menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat Roti Jala mudah yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Enak dimakan bersama kuzi atau kari ayam. Selamat mencuba. Boleh hidang untuk tetamu di hari raya nanti.
SUKATAN ADUNAN ROTI JALA MUDAH YANG ‘PERFECT’
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tepung gandum – beli online disini
- 1 sudu makan marjerin – beli online disini
- 1 sudu makan garam halus
- 1 sudu teh pewarna kuning telur – beli online disini
- 1.7 liter air biasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
Roti Jala mudah siap disediakan. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Azwa Mohtar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Almond London Sedap Tanpa Mixer & Guna Sukatan Cawan
Resipi Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch Sedap & Mudah
20 Resipi Biskut Raya Popular Yang Mudah, Sedap & Sesuai Buat Niaga
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
6 Resipi Lauk Pauk Yang Boleh Dihasilkan Dengan Kos Bawah RM15

Tercari-cari menu yang mudah dimasak serta tak perlu berbelanja lebih untuk menyediakannya? Resipi-resipi di bawah ini anda boleh hasilkan. Hanya dengan kos yang kurang dari RM15, anda mampu menghasilkan lauk pauk berasaskan sotong, ayam, ikan bilis, daging dan hati ayam. Lihat pada bahan utama, nampak macam lauk mahal kan? Tapi hakikatnya adalah sebaliknya.
Moga idea masakan ini boleh membantu anda menyediakan sajian berkhasiat serta enak buat keluarga. Selamat mencuba!
1. AYAM PERCIK KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul kepak ayam | dipotong dua
- 5 tangkai cili kering | dikisar
- 1 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- 1 batang serai | dikisar
- 1cm halia | dikisar
- 1cm lengkuas | dikisar
- Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN KUAH PERCIK:
- 1/2 biji kelapa | diambil santannya
- 5 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 4 tangkai cili kering | dikisar
- 1cm halia | dikisar
- 1 batang serai | dikisar
- 1 keping asam gelugur
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaulkan kepak ayam bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya kemudian perapkan bersama bahan kisar selama dua jam. Kemudian panggang ayam di atas bara arang sehingga masak. Ketepikan.
- Untuk membuat sos percik, satukan santan bersama bahan kisar dan masak sehingga mendidih dan pekat. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkannya berketul.
- Kemudian masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
- Apabila kuah telah pekat, padamkan api dan tuangkan ke atas kepak ayam yang telah siap dipanggang tadi.
- Sedia untuk dihidang.
Info chef: Ayam juga boleh dibakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
2. HATI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 350gm hati ayam
- 1 biji bawang besar | dimayang
- 1 ulas bawang putih | dimayang
- 3 tangkai cili kering | dikisar halus
- 5 sudu makan kicap lemak manis
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Bersihkan hati ayam dan masukkan garam bersama serbuk kunyit dengan secukupnya. Goreng hingga garing dan ketepikan seketika.
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih hingga layu. Angkat dan tumbuk gorengan bawang tadi hingga lumat.
- Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian masukkan bawang yang ditumbuk tadi bersama cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan kicap lemak manis dan hati ayam. Gaul sebati dan biarkan mendidih seketika.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk mempelbagaikan rasa, boleh juga dicampurkan dengan pedal
BACA JUGA:
12 Resipi Mudah & Terbaik Untuk Masak Ikan Segar. Memang Terasa Manis Isi Ikan!
3. BERGEDIL DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji ubi kentang bersaiz besar
- 250gm daging cincang
- 2 biji telur |diasingkan putih dan kuningnya
- 1 labu bawang besar | dicincang halus
- 1 pokok daun sup | dihiris halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
- Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
- Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
- Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
- Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.
4. SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm terung pipit
- 50gm ikan bilis
- 30gm cili padi hijau | dikisar
- 2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
- 1cm belacan | dikisar
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
- Seterusnya masukkan terung pipit dan goreng seketika. Angkat dan tos minyaknya.
- Tumis bahan kisar sehingga wangi dan sedikit garing. Masukkan serbuk perasa dan juga garam mengikut cita rasa anda.
- Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan terung pipit yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Elakkan menggoreng terung pipit dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan kurang enak.
ANDA MUNGKIN SUKA:
5. SOTONG REBUS SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm sotong segar
- 1 batang serai | diketuk
- 100ml air
- 3 biji cili padi | jika suka
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam periuk.
- Kemudian tambahkan air dan didihkan. Jika sukakan kuah yang banyak, lebihkan jumlah air.
- Masukkan serai dan cili padi. Biarkan sehingga sotong masak.
- Perasakan dengan garam danserbuk perasa dengan secukupnya.
- Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Menu sihat yang ringkas dan kaya dengan haruman serai
6. IKAN BILIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis
- 1 batang bunga kantan | dihiris halus
- 5 biji cili merah | dikisar
- 2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
- Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam dengan secukupnya.
- Kemudian masukkan ikan bilis dan hirisan bunga kantan. Gaul seketika hingga rata.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika mahukan rasa yang lebih pedas, tambah sedikit cili padi kisar.
Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna

Pernah cuba Jeruk Limau Nipis? Pelbagai guna tau. Anda boleh menikmatinya sebagai ulam jeruk dengan cara dimakan bersama nasi, boleh dicampur dalam masakan Acar Buah malah boleh juga dicampur ke dalam minuman bersama sedikit madu. Sedap…. Bagi anda yang nak cuba, saudari Ami Sue Haji Sanusi ada kongsikan cara-caranya.
CARA BUAT JERUK LIMAU NIPIS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
10 biji limau nipis segar – beli online disini
Air
Garam kasar – beli online disini
1 senduk gula pasir – beli online disini
1 cawan air mendidih
1 cawan cuka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Basuh limau, lenyek-lenyekkan supaya lembut dan belah 4.
2. Panaskan air dalam periuk, rebus sekejap limau sehingga bertukar warna. Kemudian masukkan air baru, rebus sekali lagi, namun jangan rebus lama.
3. Angkat limau tadi dan toskan dulu. Biar sejuk sedikit.
4. Masukkan garam kasar ke dalam limau yang dibelah tadi. Sukatannya anggaran lebih kurang 1/2 sudu kecil untuk setiap biji.
5. Ambil gula pasir, larutkan dengan 1 cawan air mendidih dan biarkan sejuk dahulu.
6. Sediakan juga 1 cawan cuka makan.
7. Masukkan limau yang sudah diisi garam ke dalam balang. Susun elok-elok.
8. Tuang cuka dan air gula yang sudah sejuk ke dalam balang berselang seli sehingga habis.
9. Peram @ jerukkan limau selama 3 minggu hingga 1bulan. Selepas itu, bolehlah dimakan.
10. Selepas 1 bulan boleh simpan Jeruk Limau Nipis dalam peti sejuk supaya ia boleh tahan lama.
INFO:
- Jeruk Limau Nipis ini boleh dibuat ulam jeruk yang dimakan bersama nasi panas, dicampur dalam Acar Buah dan boleh dibuat air yang dicampur dengan ais dan sedikit madu.
- Limau perlu dilenyek bukan sekadar untuk melembutkan tetapi ia juga bagi mengeluarkan air pahit pada kulit limau.
Kredit resipi & foto: Ami Sue Haji Sanusi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Terlajak Mudah, Cookies Coklat Tiktok Ni Paling Best Cicah Susu
Masak Sampai Pecah Minyak, Rahsia Sambal Tempoyak Bilis Petai Jadi Sedap
Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official