Daun-daunan herba seperti daun pandan, daun limau purut, daun selasih, daun bay, daun kari dan sebagainya pasti menjadi stok di dalam peti ais bukan? Jika ada stok di rumah, memang mudahkan kerja-kerja memasak. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.
Untuk menyimpan dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk beku. Apabila hendak menggunakannya, barulah anda keluarkan dan masukkan ke dalam masakan anda. Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar.
Ads
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tip lembutkan daging ada macam versi tapi tak semuanya menjadi. Ada yang dah ikut tapi daging tak juga lembut walau dah lama direbus. Takkan nak tunggu sampai 2-3 jam, bila pulak nak siap hidangan kan.
Kalau nak jalan pintas yang jimat masa lembutkan daging boleh guna tip yang dikongsi oleh pengguna TikTok @inafzl. Kaedah lembutkan daging yang dikongsi hanya menggunakan buah dan biji kurma saja. Tak perlu pressure cooker pun!
Hanya dengan api biasa dan 30 minit masa memasak, daging jadi lembut seolah-olah dimasak slow cook berjam-jam.
1. Sediakan empat biji kurma;
-2 biji kurma lengkap (isi + biji)
-2 biji lagi cuma biji kurma saja
2. Masukkan terus ke dalam air rebusan bersama daging semasa mula-mula masak.
3. Rebus seperti biasa selama lebih kurang 30–40 minit.
Hasilnya daging jadi lembut sangat. Boleh gunakan cara ini untuk buat sup daging, rendang, kari, atau daging masak hitam pun boleh!
Kurma secara semula jadi mengandungi enzim dan bahan aktif yang bantu memecahkan serat daging, menjadikannya lebih cepat empuk. Biji kurma pula menyumbang sedikit kesan alkali yang bantu percepatkan proses pelunakan — semua ini tanpa menjejaskan rasa masakan.
-Gunakan kurma jenis basah seperti kurma Ajwa, Safawi atau Rotab — lebih efektif.
-Jangan risau, rasa manis kurma takkan dominan sebab jumlahnya kecil dan akan larut dalam kuah.
-Boleh guna teknik ini untuk lembutkan daging lembu, kambing atau kerbau.
Bagi yang sudah biasa memasak, mesti kenal dan boleh bezakan halia dan lengkuas. Tapi yang yang baru belajar masak atau si bujang mungkin was-was sebab secara fizikal kedua-duanya hampir sama. Kedua-duanya adalah bahan tumisan penyedap makanan yang yang mempunyai bau. Walaupun hampir sama, kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dalam masakan. Nak tahu apa dia, anda baca tipi yang rasa kongsikan ini.
Warna Dan Tekstur Kulit
Halia berwarna kuning kecoklatan atau coklat lembut. Sementara lengkuas coklat yang lebih gelap dan mempunyai rerambut akan pada ruas lengkuas. Garis-garis pada lengkuas juga lebih jelas berbanding halia. Tekstur isi halia lebih lembut dan berserabut, sedangkan lengkuas lebih keras, sementara warna halia lebih kepada kuning muda.Tekstur kulitnya juga lembut berbanding lengkuas.
Bau Dan Rasa
Halia dan lengkuas mempunyai aroma yang segar sifatnya, namun bila diamati betul-betul, ia sangat berbeza. Halia mempunyai bau yang lebih hangat dan manis. Sementara lengkuas memiliki sedikit aroma citrus yang tersendiri dan menyegarkan. Kedua-dua rempah ratus ini mempynyai rasa yang pedas panas, tetapi lengkuas lebih kuat berbanding halia.
Penggunaan Dalam Masakan
Kedua-dua bahan ini digunakan kerana fungsinya yang memberikan aroma dalam masakan. Namun lengkuas jika digunakan dalam masakan dengan carra hirisan atau ketuk, ia tidak boleh dimakan sekali kerana keras. Sedangkan halia, walaupun tidak dihancurkan ia boleh dimakan bersama bahan masakan yang lain sebab kembut dan rasa pedas hangat yang lembut.
Jenis Masakan
Disebabkan aromanya yang hangat lembut, halia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan juga minuman sereta kuih muih berbanding dengan lengkuas yang panas, pedas. Kerana itu, lengkuas banyak digunakan dalam kebanyakan masakan Asia yang lebih pedas dan panas sifatnya seperti rendang, tomyam dan singgang..
Jelaskan berbezaannya? Jadi jangan tersalah beli dan penggunaannya ye.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Epal lebam bila dipotong memang buat buah ini nampak kurang menarik untuk dimakan. Nampak tak segar dan kurang rangup.
Supaya epal yang dipotong tak lebam sebenarnya ada tip yang boleh dipraktikkan. Boleh gunakan cara jika nak jadikan buah epal bekalan untuk kudapan. Walau terdedah lama pun masih elok lagi. Caranya dikongsi oleh Lailatul Munira Zainuddin.
Saya guna cara 1 dan 2 saja selalunya terutama kalau bawa bekal buah, lepas letak dalam bekas bertutup- simpan peti sejuk di bahagian chiller
1. Air garam
Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit saja, kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak saja.
2. Madu
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan. Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit. Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.
3. Jus lemon
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
4.Pisau tajam & limau nipis
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah! Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
Buko Pandan merupakan antara pencuci mulut yang cukup popular berasal dari Filipina. Alang-alang nak buat Buko Pandan ni biar puas hati, boleh letak macam-macam bahan ikut citarasa sendiri. Memang lebih jimat dan berbaloi berbanding beli. Nak buat pun mudah je.