Makan

ZUS Ngupi 2-Dalam-1 Kopi Putih Tanpa Gula: Pelancaran Berani Dengan Rasa Kaw Sebenar

Share

Rasa Kaw, Tanpa Gula: Satu Langkah Berani ZUS COFFEE

Kuala Lumpur, 29 Januari 2026 — Kalau sebut pasal kopi, rakyat Malaysia memang tak main-main. Dari kopitiam ke kafe moden, kopi sentiasa menjadi penghubung antara generasi, budaya dan rutin harian. Semangat inilah yang dibawa oleh ZUS COFFEE menerusi acara KONGSI ZUS COFFEE yang berlangsung meriah di Sunway Pyramid.

Acara ini bukan sekadar perhimpunan peminat kopi, tetapi satu sambutan kebersamaan menjelang Tahun Baharu Cina dan Ramadan, berteraskan budaya paling Malaysia: mengupi bersama. Ia menjadi simbol bagaimana secawan kopi mampu menyatukan komuniti tanpa mengira latar belakang.

Daripada Kiri ZUS COFFEE: Stephy Foong, Ketua Pegawai Komersial Wilayah; Jia Rong, Pengurus Besar untuk FMCG; Ng Chun How, Peneraju Perniagaan untuk FMCG & Gaya Hidup; Venon Tian, ​​Ketua Pegawai Operasi Kumpulan; Tony Thein, Ketua Pegawai Eksekutif untuk Malaysia & Singapura; Preman Menon, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan pada pelancaran varian Kopi Putih Segera 2-dalam-1 sifar gula terbaru ZUS Ngupi®, menandakan acara berskala terbesar pertama untuk jenama FMCG ZUS COFFEE.

Pelancaran Rasmi Produk Baharu Tanpa Kompromi Rasa

Lebih istimewa, KONGSI ZUS COFFEE turut menandakan pelancaran rasmi ZUS Ngupi 2-dalam-1 Kopi Putih Tanpa Gula, varian terbaharu yang mengekalkan rasa kopi putih yang kaw, tetapi tanpa sebarang tambahan gula. Produk ini direka khas untuk pengguna yang mengutamakan rasa asli kopi dan kesederhanaan dalam setiap cawan.

Dalam pasaran kopi segera yang kebanyakannya sarat dengan gula, pendekatan ini dilihat sebagai langkah berani. Ia memberi alternatif kepada mereka yang lebih peka terhadap kesihatan, namun masih tidak mahu berkompromi dari segi rasa dan aroma kopi.

Daripada Secawan Kopi, Terjalin Komuniti

Sejak membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur pada tahun 2019, ZUS COFFEE berkembang pesat seiring dengan cita rasa rakyat tempatan. Daripada kafe fizikal, jenama ini terus meluaskan sayapnya dengan memasuki segmen FMCG pada tahun 2024.

Langkah ini membolehkan lebih ramai pengguna menikmati kopi ZUS di luar kafe — sama ada di rumah, di pejabat, atau ketika dalam perjalanan. Hari ini, produk FMCG ZUS COFFEE boleh didapati di lebih 23,000 lokasi di seluruh negara, satu pencapaian yang mencerminkan penerimaan kuat pengguna tempatan.

Falsafah Mengupi Bersama

Menurut Ng Chun How, Ketua Perniagaan FMCG ZUS COFFEE, acara KONGSI ZUS COFFEE membawa makna yang besar buat jenama tersebut.

“ZUS Ngupi® bermula sebagai produk, tetapi kini ia berkembang menjadi satu pengalaman yang dikongsi bersama. Fokus kami sentiasa untuk menghubungkan komuniti melalui kopi yang dekat di hati pengguna,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa setiap cawan kopi adalah peluang untuk membina hubungan yang lebih kukuh, satu demi satu, tanpa mengira masa dan tempat.

Rasa Tempatan Dengan Jiwa Malaysia

Rangkaian ZUS Ngupi® hadir dalam empat perisa ikonik tempatan iaitu Klasik, Kopi Tarik, Kopi Putih dan Kopi Coklat. Setiap perisa dibangunkan berdasarkan citarasa rakyat Malaysia yang sudah sebati dengan budaya kopi tempatan.

Kesemua varian dihasilkan menggunakan teknologi proprietari TRIBLENDLOC™, yang menggabungkan biji kopi Liberica tempatan bagi menghasilkan profil rasa yang lebih seimbang, beraroma dan autentik.

Melengkapkan Pilihan Pengguna Moden

Kehadiran ZUS Ngupi 2-dalam-1 Kopi Putih Tanpa Gula melengkapkan rangkaian sedia ada, sekali gus memberi lebih kebebasan kepada pengguna untuk memilih kopi yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Ia sesuai diminum pada bila-bila masa, sama ada sebagai teman bekerja atau saat berehat.

Dengan pendekatan yang menekankan kualiti, rasa tempatan dan hubungan komuniti, ZUS COFFEE terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kopi yang bukan sahaja relevan, tetapi benar-benar dekat dengan jiwa rakyat Malaysia.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Published by
Aina Azman