Zulin Aziz Buat Akaun Instagram Khas Untuk Kongsi Resipi Masakan

Share

Siapa tak kenal dengan selebriti berbakat besar yang terkenal dengan personaliti ‘gila-gila’ ni. Ha…jangan tak tahu, Zulin Aziz ni handal tau dekat dapur. Kalau anda ‘follow’ IG beliau, memang boleh tengok macam-macam resipi yang beliau masak.Semuanya sedap-sedap dan bikin terliur!

 

 

Penyampai Suria Pagi ini memang rajin berkongsi video-video masakan di instagram sehinggakan beliau membuka satu instagram khas @cikzulinkedapur untuk berkongsi resipi-resipi bersama para sahabat dan peminatnya.

 

 

Saya memang suka masak.Lagi pula keluarga,kawan-kawan saya memang suka makan saya masak.rasa happy sangat bila orang enjoy makan masakan kita.Lagi2 bila mereka datang mesti nak tapaw bawak balik.sis terharu tau. Bertambah seronok dapat kongsi di laman sosial dengan pengikut2 saya di instagram ni.Kawan saya sendiri selalu pm tepi tanya resepi.bila dah ramai yg tanya lebih baik saya buat je acc insta khas utk masakan saya.

lain orang lain cara masaknya.kalau nak ikut cara saya yg sejenis campak2 ni bolehlah follow ig @cikzulinkedapur ya?.saya akan tunjuk cara masa yg simple2 dan mudah untuk anda dan semestinya lazat,insyaAllah.

So jangan lupa follow @cikzulinkedapur

 

Best kan? Jom tengok resipi-resipi yang Zulin ada ‘share’ di IG @cikzulinkedapur. Mana tahu boleh buat inspirasi dan ceduk idea untuk masak hari ni.

Sumber: IG Zulin Aziz & cikzulinkedapur

IKLAN