Seronok menonton video youtube pasangan suami isteri Sugu dan Pavithra. Mereka bolehlah dikatakan sebagai Youtuber yang baru berjinak-jinak dengan platform ini. Namun kini jadi satu fenomena apabila jumlah Subcriber mencecah ratusan ribu. Malah jumlah tontonan setiap video yang dimuat naik juga ratusan ribu.

Angka sedemikian bukanlah mudah hendak dicapai oleh individu yang bukannya orang ternama seperti artis. Dia pula hanya orang biasa. Tinggal di estet di Sungai Siput, Perak. Kediamannya biasa, pakaian yang dipakai untuk tampil dalam video juga biasa.

 

Youtuber Sugu & Pavithra, Tampil Resipi Lokal Tawan Seluruh Malaysia

Tanpa dapur mewah, tanpa peralatan moden yang highend. Semuanya biasa-biasa saja. Namun video yang menggunakan gabungan nama suami isteri Sugu Pavithra ini mendapat sambutan luar biasa. Wajah polos tanpa solekan keterlaluan, Sugu berjaya menambat hati penonton dengan suaranya yang lemah lembut.

RESIPI DEKAT DENGAN MASYARAKAT

Masakan Sugu adalah masakan yang menjadi kelaziman hidangan masyarakat Malaysia. Misalnya Kari Ayam Pencen, Sambal Udang, Terung Bulat Tumis Belacan, Kari Ikan Keli dan pelbagai lagi masakan India sesuai dengan bangsa pasangan ini.

IKLAN

Youtuber Sugu & Pavithra, Tampil Resipi Lokal Tawan Seluruh Malaysia

Selalu mengakhiri video dengan sesi makan-makan, Sugu dan suaminya nampak bahagia dengan kehadiran dua cahayamata. Betullah kan, orang kata masakan dan makanan boleh jadi kunci kebahagian dalam rumahtangga. Tambah dekat dengan masyarakat apabila Sugu fasih berbahasa Melayu untuk menjadikan dirinya lebih selesa didekati dengan seluruh rakyat Malaysia.

RASA tampilkan resipi yang diambil daripada youtube Sugu Pavithra.

SAMBAL UDANG PEDAS

Youtuber Sugu & Pavithra, Tampil Resipi Lokal Tawan Seluruh Malaysia

BAHAN-BAHAN

IKLAN

Minyak masak untuk menumis
2 keping kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar (potong bulat)
3 tangkai serai (diketuk)
3 cm halia (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji tomato (dibelah kecil)
Cili kering (dikisar jadi 5 sudu besar)
1/2 kg udang saiz besar (disiang bersih)
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun bawang (dihiris)

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Masukkan kayu manis dan bunga lawang.
2. Tumiskan bawang besar.
3. Masukkan serai. Tumis lagi.
4. Masukkan halia dan bawang putih.
5. Masukkan tomato.
6. Masukkan pes cili kering. Tumis sampai pecah minyak.
7. Masukkan udang. Biarkan selama 2 minit.
8. Masukkan sedikit air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
9. Akhir sekali masukkan daun bawang. Siap.

PARUPPU VADAI (MASALA VADAI)

Youtuber Sugu & Pavithra, Tampil Resipi Lokal Tawan Seluruh Malaysia

BAHAN-BAHAN
1 cawan kacang dal (rendam semalaman, cuci dan toskan)
1 sudu kecil jintan putih (tumbuk)
2 biji bawang besar (hiris kecil)
3 tangkai cili padi (hiris kecil)
1 tangkai cili kering (gunting kecil)
2 tangkai daun kari (hiris nipis)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Asingkan 2 sudu besar kacang dhal. Selebihnya kisar kacang dhal itu. Biarkan pekat. Jangan cair sangat. Ketepikan.
2. Masukkan kacang dhal tadi dalam mangkuk.
3. Masukkan jintan putih yang telah ditumbuk halus.
4. Masukkan bawang besar, cili padi, cili kering dan daun kari.
5. Masukkan kacang dhal yang diasingkan tadi.
6. Masukkan garam. Gaulkan semua.
7. Panaskan minyak masak.
8. Bentukkan bulat leper di atas tapak tangan dan gorengkan.

AYAM MASAK SWEET SOUR

Youtuber Sugu & Pavithra, Tampil Resipi Lokal Tawan Seluruh Malaysia

BAHAN-BAHAN
1 biji putih telur
Sedikit tepung goreng ayam
1/2 ekor ayam (potong kecil)
7 ulas bawang putih (potong bulat)
3 cm halia (hiris nipis)
1 biji bawang besar (hiris besar dan leraikan)
Lobak merah
1/2 lada bengala merah (potong kecil)
Kacang buncis (hiris)
Bunga kobis (potong kecil)
1 biji tomato (belah 6)
Sos cili (separuh botol)
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
2 tangkai daun bawang

CARA MEMBUAT
1. Masukkan putih telur dan tepung goreng ayam pada ayam. Gaulkan. Perap selama 10 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ayam. Ketepikan.
3. Tumiskan halia dan bawang putih. Kemudian masukkan bawang merah.
4. Masukkan lobak merah, lada benggala, kacang buncis dan bunga kobis.
5. Kemudian masukkan tomato.
6. Masukkan sos cili dan sedikit air.
7. Masukkan garam dan gula.
8. Masukkan ayam.
9. Masukkan lagi sedikit air.
10. Masukkan daun bawang.

 

Kredit: Youtube Sugu Pavithra

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI