Yee Mee Tomyam, Cita Rasa Terbangkit Dengan Haruman Bunga Kantan

Share

 

Sedapnya makan yee mee. Rasanya kenyal sedikit berbanding mi kuning. Cita rasa tomyam pula membangkitkan selera. Haruman bau bunga kantan turut menjadikan rasanya lebih sedap. RASA berikan resipinya untuk anda.

YEE MEE TOMYAM

 

BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah

BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram jejari udang
3 sudu besar pes tomyam
Tomato ceri secukupnya
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
100 gram yee mee

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong, jejari ketam dan pes tomyam.
3. Masukkan sayur dan masak selama 2 minit.
4. Masukkan air dan garam. Kacau seketika.
5. Masukkan yee mee dan goreng sehingga yee mee lembut.
6. Sedia dihidang.

Selamat mencuba!

IKLAN