Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) membawakan misi #QuranHour 2022 dengan Surah Al-Sajdah pada tiga program utamanya iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention yang akan diadakan dengan kerjasama JAKIM, TV Al-Hijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara, bersama sinergi media cetak dan elektronik melalui pendekatan Baca, Faham dan Amal al-Quran.

World #QURANHOUR 24 Ramadan 1443H / 26 April 2022, Selasa

World #QuranHour diadakan pada 24 Ramadan 1443H, bersamaan 26 April 2022, Selasa. Ia merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia. Surah Al-Sajdah dipilih untuk dikaji dan dibumikan bersempena World #QuranHour 2022. Matlamat Surah Al-Sajdah adalah menjadi panduan untuk penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.

IKLAN

World #QURANHOUR 24 Ramadan 1443H / 26 April 2022, Selasa

Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 bersamaan 2 Safar 1444H, sempena sambutan Hari Merdeka, dalam usaha menghayati al-Quran dalam konteks pembangunan Negara yang Berbudi dan Penyayang. Program tersebut bertujuan mengajak seluruh rakyat Malaysia di dalam dan luar negara untuk bersama memahami intipati Surah Al-Sajdah demi membentuk sebuah negara yang harmoni, progresif dan utuh berdasarkan prinsip yang diformulasi daripada al-Quran. Panduan al-Quran dirujuk agar keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan dengan memaknai jiwa merdeka yang sebenar serta berusaha membentuk kitaran sosial yang sihat, aman, saling bertolak ansur, bebas dari gejala negatif yang mampu menggugat ketenteraman negara.

IKLAN

World #QURANHOUR 24 Ramadan 1443H / 26 April 2022, Selasa

Dengan inisiatif-inisiatif yang dijalankan ini, diharapkan Al-Quran & As-Sunnah kembali menjadi manual dan rujukan dalam kehidupan sama ada di dalam keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

IKLAN

World #QURANHOUR 24 Ramadan 1443H / 26 April 2022, Selasa

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI