Warna Warni Puding Trifle Memang Enak Dimakan Sejuk

Share

Ada tetamu nak berkunjung ke rumah. Bolehlah buat puding trifle. Kombinasi kek dan puding ni memang tak cukup sepotong.Makan ketika sejuk lagi nikmat rasanya.

PUDING TRIFLE

Kek gulung

Bahan-bahan:

1 tin susu cair

1 tin mix fruit

1 kotak jelly cristal

3 sudu tepung kastard

4 sudu gula

 

Cara membuat:

1.Susun kek gulung dalam bekas kemudian tekan-tekan sikit sampai mampat.

2.Asingkan buah-buahan dalam tin dari airnya.

3.Dalam periuk masukkan 1 tin susu cair tadi dan 1 tin juga air.

4.Masukkan gula dan tepung kastard. Kacau sampai sebati dan tepung kastard tak berketul. Kemudian baru masakkan atas api yang kecil sambil kacau sentiasa sampai ada letup-letup kecil baru tutup api.

5.Tuang kastard tadi atas kek gulung dan ratakan. Agak-agak kastard dah nak keras baru susun buah-buahan atas kastard. Tekan sikit buah-buahan supaya nanti bila tuang jelly buah tak timbul. Settle semua tu ketepikan dan masak jelly.

6.Bila dah masak jelly,tuang ke atas kastard buah-buahan tadi. Dah siap simpanlah dalam peti sejuk supaya sejuk dulu baru best nak makan.

Kredit: Khairul Izhar

IKLAN