Wanita Ni Kongsi Resipi Acar Masak Pisang Bersama Jantung & Timun. Sedap!

Share

Lauk acar ni ada pelbagai jenis. Ada acar ikan, acar daging, acar pisang, acar timun dan macam-macam lagi. Malah cara masak dan bahan-bahan pun sedikit berbeza ikut negeri. Bagi orang Kelantan, Acar Pisang Gala adalah antara menu orang dulu-dulu yang digemari hingga sekarang.

Acar Pisang Gala ni memang ‘berhantu’. Makin dihangatkan kuahnya, makin sedap rasanya. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Zira Tag

ni antara yang sedap dan mudah. Malah ada juga campuran jantung pisang dan timun. Memang layan! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

ACAR PISANG JALA, JANTUNG & TIMUN

 

BAHAN CELUR:

Pisang gala – kelar dan rendam dalam air garam semalaman ( untuk hilangkan getah)

Jantung pisang – belah kecil dan rendam dalam air garam semalaman ( untuk hilangkan getah)

Timun

 

BAHAN KISAR:

7 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

Segenggam udang kering

Halia

4-5 sudu makan cili boh @ cili kering kisar

 

BAHAN LAIN:

1 kotak (250gm) santan

2-3 sudu makan cuka

4-5 biji bawang merah – kupas kulit sahaja

2 biji cili merah – belah dua

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menumis secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan bawang merah, gula, garam, aji ( jika suka), dan cuka.

3. Tumis sekejap kemudian masukkan santan dan air. Gaul rata dan biarkan mendidih.

4. Akhir sekali masukkan pisang, jantung, timun dan hirisan cili merah. Masak hingga lembut dan bahan-bahan tadi serasi dengan kuah.

5. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Zira Tag

IKLAN