Wanita Ini Kongsi Resipi Bihun Goreng Tomyam Yang Dia Buat Niaga, Boleh Cuba Buat

Share

Bihun Goreng Tomyam, memang sedap kalau dibuat menu untuk sarapan. Makan pula panas-panas, terbaiklah. Kalau ada yang bercadang hendak hidang pada kawan-kawan di pejabat, bolehlah cuba resipi Bihun Goreng Tomyam seperti yang dikongsikan oleh Syahirah Omar. Resipi Bihun Goreng Tomyam yang dikongsikannya ini turut dibuat berniaga. Mesti sedap! Jomlah kita cuba buat.

RESIPI BIHUN GORENG TOMYAM

BAHAN-BAHAN:

Bihun (1 kampit)
1 sudu besar bawang putih (dikisar) – beli online
2 1/2 sudu besar bawang besar


3-4 sudu besar cili kisar – beli online
2 sudu besar sos tiram – beli online
3 sudu besar sos cili- beli online
3 sudu besar sos tomato – beli online
Pes tomyam – beli online
Daun limau purut
2 batang serai
Minyak masak – beli online
Isi ayam
Sawi
Kubis
Tomato
Putik jagung (jika suka)

*1 cawan air

UNTUK HIASAN:

Hirisan daun ketumbar
Telur dadar (diracik halus)

CARA MEMBUAT:

1. Tumis bawang dan serai dalam dua batang.

 

 

2. Masukkan cili kisar dalam 3-4 sudu penuh.Kemudian tumis sampai pecah minyak. Masukkan sos tiram 2 sudu, sos cili 3 sudu dan sos tomato 3 sudu.

3. Masukkan isi ayam.

4. Masukkan pes tomyam dalam 2-3 sudu besar. Kemudian masukkan gula 2 sudu besar. Rasa bihun tomyam ni memang kena balancekan rasa pedas manis masam.

 

5. Masukkan satu cawan air. Biarkan mendidih.

 

6. Kemudian masukkan bihun. Bihun rendam terlebih dahulu. Jangan rendam lama. Rendam dalam 15 minit kemudian toskan. Pastikan bihun ni terendam dengan kuah tadi, tapi jangan terlalu terhapus bihun tu.

7. Masukkan sayur-sayuran, dan daun limau purut.

8. Kacau rata. Siap. Jangan lupa tabur hirisan daun ketumbar dan telur dadar yang diracik halus. Hidangkan.

Sumber kredit: Syahirah Omar

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN