Hari ini, giliran Zara Zya dan ibunya, Puan Kamarul Ain pula beraksi di dapur Rasa Nostalgia Ramadan. Menu yang dimasak oleh Zara Zya juga bukan calang-calang menu, Kari Kambing dan Puding Suji. Yang penting, aksi Zara dan ibunya memasak di dapur sangat menghiburkan. Ada sahaja celoteh Zara. Episod hari ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Cat Farish sebagai cameo.

Menu pertama yang dimasak untuk berbuka adalah Kari Kambing. Menu ini memang menjadi kegemaran Zara dan dalam adik-beradiknya, hanya dia seorang sahaja yang suka makan Kari Kambing ini. Menariknya, dia tidak menggunakan santan untuk memasak menu ini.

Sebagai pelengkap hidangan, Zara menyajikan Puding Suji sebagai pencuci mulut. Pada awalnya, dia mencuba makanan ini di rumah guru yang mengajarnya mengaji. Dan kini menjadi salah satu menu kegemarannya.

KARI KAMBING

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg rusuk kambing
  • Minyak sapi
  • 2 biji bawang besar | dihiris
  • 5 biji bawang merah | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 inci halia | dihiris
  • Daun kari
  • 1 mangkuk kecil serbuk cili
  • 1 mangkuk serbuk kari daging
  • Sedikit air asam jawa
  • Air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan minyak sapi ke dalam kuali dan tunggu sehingga minyak panas.
  2. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris.
  3. Masukkan daun kari. Tumis lagi.
  4. Seterusnya, masukkan serbuk kari, serbuk cili dan tambah air secukupnya. Tumis rempah hingga masak.
  5. Masukkan air asam jawa.
  6. Masukkan rusuk kambing ke dalam kuali. Masukkan juga kiub ais untuk melembutkan daging.
  7. Tambahkan perasa secukupnya.
  8. Siap.

 PUDING SUJI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ½ cawan air
  • 1 ¼ cawan gula
  • 5 sudu besar minyak sapi
  • 5 sudu besar susu tepung
  • Secubit garam
  • 2 cawan suji
  • Kurma

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air di dalam kuali.
  2. Masukkan minyak sapi.
  3. Kemudian, masukkan susu tepung. Kacau adunan.
  4. Tambah gula dan masukkan tepung suji. Kacau hingga adunan tidak melekat.
  5. Masukkan kismis. Gaul hingga sebati dan likat.
  6. Masukkan ke dalam mangkuk yang telah dilengser dengan sedikit minyak dan ratakan adunan.
  7. Jadikan kismis dan kurma sebagai hiasan.
  8. Masukkan puding ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

 

IKLAN

Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™ 

Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.

Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.

Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

IKLAN

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.