Bertuah bila dua personaliti VIP jelita, Datin Datin Azreen Abu Noh Datin Fatimah Shuib berkongsi menu kegemaran keluarga masing-masing untuk kita semua. Sudahlah   cantik pandai pulak memasak, langsung tak kekok di dapur.  Kalau nak tau, min  bukan saja sudah rasa menu air tangan  VIP yang tidak kedekut resipi ini tapi sudah pun cuba resipinya, memang sedap dan terbaik.

  Wajib Cuba Menu 2 VIP Ini, Sedap Tak Ingat! 

KARI KEPALA IKAN JENAHAK

BAHAN-BAHAN:

  • 2 Kepala Ikan Jenahak | bersihkan
  • 3 batang bendi | buang tangkai dan hujung
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat  tebal
  • 2 biji tomato | belah dua
  • Garam dan perasa secukupnya

 A: Bahan Tumis:

IKLAN
  • ½ sudu teh halba
  • 2 tangkau daun kari | lurut dari tangkai

B: Bahan Kisar:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cawang  rempah kari  ikan
  • 1 cawan air

BAHAN C:

IKLAN
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 1 cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Masukkan bahan A. Masukkan sedikit
  3. Seterusnya, masukkan bahan B, goreng sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Kemudian campurkan bahan C dan kepala kepala ikan.
  5. Biarkan kuah mengeleggak, kemudian tambahkan  garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan bendi, hirisan bawang besar.
  7. Apabila bendi sudah lembut, tutup api dan masukkan tomato

  Wajib Cuba Menu 2 VIP Ini, Sedap Tak Ingat! 

IKLAN

 TAUHU SUMBAT DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji tauhu | potong dua bentuk tiga segi
  • 200gm daging kisar
  • 1 batang lobak merah | potong dadu halus
  • 1 biji bawang Holland
  • 3 sudu serbuk kari campur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perasa
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak ikan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng semua tauhu sehingga keperangan.
  2. Kemudan sejukkan tauhu dan dibelah dua. Ketepikan.
  3. Korek dan keluarkan  isi tauhu, kemudian hancurkannya hingga halus.
  4. Untuk menyediakan inti: Panaskan minyak dan tumis bawang ,lobak merah sehingga naik bau
  5. Masukkan daging dan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi, tumis sehingga masak.
  6. Perasakan dengan garam, serbuk kari campur dan perasa.
  7. Apabila sudah masak ambil kulit tauhu yang telah dikorek isi tadi kemudian sumbat dengan inti yang telah siap tadi.
  8. Panaskan minyak dalam kuali.
  9. Sementara itu, pecahkan telur, kemudian peraakan dengan sos ikan dan dipukul hingga sekata.
  10. Celup tauhu yang telah disumbat intinya  ke dalam teluar dan goreng sehingga keperangan.
  11. Tauhu sedia dihidangkan bersama sos cili Thai.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI