Selain cucur dan kuih muih enak dijadikan menu hidangan petang, wadai kipeng ini pun boleh anda cuba. Ini menu orang Banjar. Siapa yang tak pernah makan bolehlah cuba nanti ikut resipi yang dikongsi ini. Kuah wadai ni diletakkan durian lagi tambah enak.
WADAI KIPENG Bahan-bahan: 500g tepung beras pulut Air 1 sudu teh garam
Cara membuat: 1. Satukan tepung pulut dan garam, masukkan air sikit-sikit kemudian uli tepung sampai jadi doh dan tak melekat di tangan. Jangan terlalu lembik.
2. Gentelkan doh sebesar guli kemudian tekan dengan jari bahagian tengah bagi leper. 3. Panaskan air dalam periuk, bila dah mendidih masukkan doh yang dibentuk tadi hingga masak. Bila doh tu dah masak ia akan timbul sama macam buat kuih buah Melaka. Toskan.
Ads
Kuah wadai kipeng Bahan-bahan: 1 kotak/1biji santan kelapa 1 cawan gula merah(dibancuh dengan air dan tapis) 4 sudu makan gula perang 2 helai daun pandan 1 sudu teh garam 3-4 ulas durian (optional) Air secukupnya
Cara membuat: 1. Satukan gula merah, gula perang, daun pandan, garam, durian dan air. Air jangan terlalu banyak nanti kuah cair, kalau tak cukup baru tambah sikit-sikit. Masak sampai mendidih. 2. Bila dah mendidih, masukkan doh yang dah masak tadi beserta santan. Didihkan sampai masak, jangan pecah minyak pula, kena kacau sekali sekala. Jika kurang manis boleh tambah gula perang. Jika nak tambah sagu pun boleh.
Ads
Resepi & hasil air tangan suami_Joe Strangers Kredit : FB Janna Hanie
Strawberry Peanut Butter Sandwich yang viral ini memang menarik dan paling laris semasa potluck di sekolah. Hanya perlukan empat bahan sahaja. Sesuai sangat untuk mak-mak yang bekerja tapi ingin buat sendiri juadah untuk anak bawa ke sekolah. Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Syahirah Adnan
Masakan autentik Melayu memang banyak yang jarang jumpa sekarang ni, tetapi percayalah soal rasa masakan autentik memang comfirm sedap sebab tu jangan pandang pada rupa. Sebaiknya cuba rasa dulu baru tahu kesedapannya. Kalau tak percaya cuba tiga menu autentik yang RASA kongsikan ini, rasa memang sedap nak masak pun senang, gerenti jadi punyalah kalau buat.
SAMBAL JERING DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm jering tua | belah dua & buang kulit ari.
200gm daging | rebus dan hiris nipis
6 sudu makan pes cili kering
2 batang serai | titik
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng jering separuh masak.
Titik jering yang telah digoreng. Ketepikan.
Seterusnya panaskan lebih kurang 4 sudu makan minyak, tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi.
Masukkan pes cili kering dan terus kacau hingga tumisan pecah minyak.
Masukkan hirisan daging rebus bersama jering yang telah dititik tadi.Gaul rata seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, titik api.
Sambal jering sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK DAGING BAKAR DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging yang sudah dibakar | hiris nipis
500ml santan
200gm daun selom | celur dalam air mendidh dan toskan
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
15 biji cili padi
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk. Kacau rata.
Tambah dengan serai dan asam gelugor. Biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan hirisan daging dan daun selom.
Biarkan terus mereneh lebih kurang 4-5 minit.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
SAMBAL TERUNG PIPIT BERSAMA DAGING
250gm terung pipit | buang tangkai
150gm hirisan daging rebus
1 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng terung hingga berubah warna. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes cili kering.
Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan terung tadi, kacau lagi.
Kecilkan api, perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Lauk paling mudah dan cepat. Jika dah bosan memikirkan menu untuk dimasak hari ini, boleh cuba menu olahan dari telur masin ni pula. Kerabu Telur Masin ni ‘simple’ je tapi rasa dia memang luar biasa. Nikmati dengan nasi panas, fuhhh…terangkat! Makan dengan bubur pun sedap. Jom cuba.
RESIPI KERABU TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin – rebus
1 biji bawang besar – belah dua & hiris nipis
8 biji cili padi – hiris
5 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Belah telur masin dan korek isinya menggunakan sudu. Masukkan ke dalam mangkuk.
Potong telur masin menggunakan sudu. Jangan terlalu kecil bagi elak ia hancur masa digaul.
Seterusnya masukkan hirisan bawang, cili, gula dan cuka. Gaul hingga semua bahan sekata dan sebati.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.