Tak Perlu Terbang Ke Bumi Kenyalang. Buat Sendiri Laksa Sarawak Ikut Resipi Ni Confirm Jadi
Kalau sebut makanan Bumi Kenyalang, memang tak sah kalau tak sebut Laksa Sarawak! Kuah pekat, kaya aroma, dipadankan dengan bihun, hirisan ayam, udang, telur dan pelbagai bahan sampingan, memang sangat sedap!
Sekarang tak perlu pergi jauh. Ikut sahaja resipi ini dan nikmati sendiri keenakan Laksa Sarawak di rumah. Confirm makan bertambah. Jom masak!
LAKSA SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
200gm pes perencah laksa Sarawak
400gm udang | dibuang kulit
200ml santan
2 ketul dada ayam
3 batang serai | diketuk
1 kiub ayam
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1 liter air
BAHAN PELENGKAP:
1/2 bungkus bihun | dicelur
400gm udang
Dada ayam | dicarik
4 biji telur | didadarkan dan dihiris halus
Fishcake | dicelur & dihiris
Tauge | dicelur
2 tangkai daun ketumbar
Limau kasturi | dibelah dua
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #laksasarawak #ResipiTradisional #MakananMalaysia
