Telah diwartakan sebagai salah satu Makanan Warisan Negeri Selangor, Nasi Ambeng makanan tradisi masyarakat Jawa yang tak perlu diperkenalkan lagi.
Hidangan lengkap dalam talam dengan nasi putih bersama Ayam Masak Semur, Sambal Goreng Jawa, Serunding Kelapa, Mi Goreng, Ikan Masin Goreng dan rempeyek cukup untuk dimakan bersama-sama empat hingga lima orang.
RASA bersama Chef Sue M Arukin berkongsi resipi dan cara-cara menyediakan hidangan tradisi yang cukup enak ini, rugi kalau tak cuba!
NASI AMBENG
Hidangan setalam untuk 4-5 orang
KOMPONEN:
Nasi Putih
Ayam Masak Semur/Kicap Sambal Goreng Jawa
Serunding Kelapa
Mi Goreng
Ikan Masin Bulu Ayam
Rempeyek Kacang Tanah (pilihan)
NASI PUTIH Bahan-bahan:
5 cawan beras
6 cawan air
1 helai daun pandan – siat & simpul
Cara-cara memasak:
1. Satukan beras, air dan daun pandan di dalam periuk.
2. Masak nasi hingga tanak.
SERUNDING KELAPA
Bahan-bahan A:
1 biji Kelapa parut – putih sahaja 1⁄2 sudu teh gula
1⁄2 sudu teh serbuk kunyit
1⁄2 sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
Bahan-bahan B (kisar):
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu makan udang kering 1 sudu teh ketumbar
1⁄2 sudu teh jintan manis 1⁄2 sudu teh jintan putih
Cara-cara memasak:
1. Kisar semua bahan B hingga lumat. Tuang bahan kisar ke dalam kuali. Didihkan beberapa minit.
2. Masukkan semua bahan A lalu kacau sebati.
3. Kacau campuran kelapa dengan api yang kecil hingga masak keperang-perangan dan