Sotong Kangkung Terpaling Sedap Dan Mudah
Kalau beli dekat luar berapa lah harganya ya? Baik buat sendiri dekat rumah nak extra kacang ke sotong ke takde masalah. Jom cuba!
Sotong Kangkung
BAHAN-BAHAN SOS:
Air secukupnya
1 paket taucu masin
10 tangkai cili kering dipotong dan direbus | Kisar bersama taucu
½ cawan gula merah
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat manis
5 sudu petis udang
1 sudu besar tepung jagung | Campur air sikit
BAHAN-BAHAN LAIN:
1 keping sotong kembang | Direbus & Tos
2 ikat kangkung | Dicelur
Kacang goreng | Disangai & ditumbuk kasar
Bijan | Disangai
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!