Simple Tapi Penuh Rasa! Rebus Manis Sayur Kampung Ni Memang Padu
Resipi Rebus Manis Sayur Kampung ni memang imbau nostalgia. Gabungan sayur kampung segar menghasilkan rasa yang sederhana, tetapi cukup memikat selera. Bila rasa, teringat air tangan emak di kampung.Nak lagi sedap? Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan. Memang padu!
REBUS MANIS SAYUR KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 paket rebung rebus – cuci dan tos
2 cawan labu kuning – potong dadu
1 genggam pucuk keledek
1 batang serai
Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
3 cawan air
BAHAN TUMBUK/ KISAR:
4 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis
3 biji cili padi
3 biji cili merah
2 inci belacan bakar
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #rebusmanissayurkampung #ResipiTradisional #MakananMalaysia
