Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Ayam Varuval | Gerenti Jadi EP 18

Ayam Varuval | Gerenti Jadi EP 18

Pernah dengar tak masakan Ayam Varuval? full of taste la gitu rasanya. Jom try.. Ikut je resipi ni bulat-bulat gerenti jadilah!

AYAM VARUVAL

Bahan-bahan:

500gram ayam – potong kecil
1 sudu makan serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
1 sudu makan pes bawang putih + halia
Garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan B:

5 tangkai cili kering
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 biji buah pelaga
½ sudu teh lada hitam
1 batang kulit kayu manis

Cara-cara:

1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Sangai bahan-bahan B sehingga wangi. Kisar halus menjadi campuran serbuk rempah.
3. Panaskan 2 sudu minyak dalam kuali. Tumis pes halia+bawang putih sehingga wangi. Masukkan bahan B yang telah dikisar.
4. Masukkan daun kari. Tumis lagi beberapa minit hingga wangi.
5. Masukkan ayam lalu gaul sebati. Tutup kuali dan masak ayam 15-20 minit.
6. Buka tutup kuali dan tambah sedikit air jika perlu.
7. Masak sehingga ayam empuk dan bahan cecair kering. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan sedikit gula.



Video Berkaitan