Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Salad Telur Bersama Mayones Homemade

Salad Telur Bersama Mayones Homemade

Tercari-cari resipi Salad yang mudah & tak guna banyak bahan? Ni dia, Kak Cat nak kongsi satu resipi homemade yang cukup mudah yang anda boleh buat menggunakan Bestari Stok Ayam & Serbuk Perencah Lada Hitam. Memang sangat sedap. Jom cuba!

SALAD TELUR BERSAMA MAYONES HOMEMADE 

BAHAN-BAHAN MAYONES:

  • 2 biji telur saiz sederhana
  • 1 ½ sudu besar gula
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan minyak zaitun

CARA MEMASAK:

  1. Kisar telur, garam,gula dan jus lemon menggunakan pengisar selama 10 saat.
  2. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikisar sehingga mayones menjadi kental.
  3. Siap dan ketepikan.

BAHAN-BAHAN SALAD:

  • 3 biji telur – rebus & cincang
  • 2 biji kentang – potong kecil dan rebus
  • 1 mangkuk kecil sayur campur (mix vege)
  • 1 tin tuna in water – buang air dan ambil isi ikan sahaja
  • Mayones
  • 1/4 sudu teh BESTARI Stok Ayam
  • 1/2 sudu teh BESTARI Serbuk Perencah Lada Hitam

Tonton cara memasak dalam video di bawah ini. Selamat mencuba!

#RasaSeBestBestari #majalahrasa #rasashare #saladtelur #mayoneshomemade #resipi #recipe



Video Berkaitan