Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home ROTI REBEN GULA | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

ROTI REBEN GULA | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

RESIPI ROTI REBEN GULA

DOH SWEET BUN

BAHAN-BAHAN:
500gm tepung High Protein / Bread Flour
2 biji telur gred B /100 gm
210gm air sejuk
100gm gula kastor
100gm margerin
1 sudu teh garam halus
2 sudu teh tepung susu
1 sudu teh Bread Improver
2 sudu teh atau 1 peket kecil yis

CARA ULI DOH GUNA BREAD MAKER:
1. Pilih menu Knead atau Dough pada mesin bread maker.
2. Masukkan semua bahan kecuali margerin.
3. Tetapkan pemasa (timer) 35 minit. Tekan Start.
4. Lepas 5 minit uli, masukkan margerin dan sambung uli lagi selama 30 minit.
5. Lepas uli, boleh terus timbang doh dan ‘rounding’.
6. Rehatkan doh selama 15 minit sebelum dibentukkan.
7. Ambik 1 doh yang mula-mula di rounding, bentukkan seperti ditunjukkan dalam video.
8. Boleh sapu dulu margerin atau mentega atas dulang pembakar ATAU alas dulang pembakar dengan Parchement Paper.
9. Susun doh yang telah dibentukkan dan tunggu hingga doh mengembang 2 kali ganda.
10. Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180C atau mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
11. Bila doh sudah cukup kembang, boleh sapu susu cair dan tabur gula pasir di atas doh.
12. Kemudian bakar selama 12 – 15 minit atau hingga roti cukup perang.
13. Lepas roti siap dibakar, boleh sapu mentega atau margerin.
14. Biar roti sejuk pada suhu bilik.
15. Bila roti sudah sejuk, boleh terus bungkus dalam plastik untuk mengekalkan kelembutan roti.



Video Berkaitan