RESIPI DAGING GORENG SATE REMPAH WANGI
🥩 Dapat daging korban? Jom cuba resipi klasik ini – ringkas tapi penuh rasa rempah yang menyatu. Tak sampai sejam, dah siap untuk dihidang lepas solat raya atau lepas gotong-royong sembelih. ✨
🍽️ RESIPI DAGING GORENG SATE REMPAH WANGI
🧂 Bahan-Bahan:
1 kg daging korban – potong kecil
1 inci kunyit hidup #
1 sudu kecil jintan putih # (sangai sekejap)
1 sudu besar biji ketumbar # (disangai wangi)
1 inci halia #
6 batang serai # (ambil bahagian putih)
10 ulas bawang putih #
1 inci lengkuas #
Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
🍳 Cara-Cara:
Kisar halus bahan bertanda #
Gaulkan rempah dengan daging korban, perap sekurang-kurangnya 30 minit
Goreng atas api sederhana hingga rempah kering, daging sedikit garing tapi empuk
📌 Tip: Lagi lama perap, lagi naik rasa rempahnya!
#majalahrasa #rasashare #ingatmakaningatrasa #resipi #resepi #recipe #resipiummphrayakorbanrasa #daginggorengsate #ResepiMudah #MasakanRumah #MasakSedap #RempahWangi