Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Wantan Goreng, Mudah & Rangup

Wantan Goreng, Mudah & Rangup

Jom kita belajar buat Wantan Goreng bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.

WANTAN GORENG

BAHAN-BAHAN:
250 gm ayam kisar
10 gm daun bawang
10 gm lobak merah
20 gm bawang merah
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh minyak bijan
20 keping kulit wantan
20 gm serbuk perasa ayam
10 gm lada sulah
Minyak masak untuk digoreng

CARA MEMBUAT:
1. Campurkan bahan ayam kisar bersama daun bawang, lobak merah dan gaul sebati.
2. Kemudian campur tepung jagung dan minyak bijan serta bahan perasa seperti serbuk perasa ayam dan lada sulah.
3. Setelah bahan dicampur sebati.
4. Gumpalkan isi ayam secara bulat kecil dan letakkan di atas kulit wantan.
5. Kemudian lipatkan jadikan segi tiga.
6. Panaskan minyak dan goreng wantan sehingga warna keemasan.
7. Siap untuk dihidang.

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #fblive #wantangoreng



Video Berkaitan