[mo_oauth_login]

Home Rendang Daging | DAPUR RASA LIVE BERSAMA SIS MAS

Rendang Daging | DAPUR RASA LIVE BERSAMA SIS MAS

Minggu ni Sis Mas bersiaran lagi dan berkongsi satu resipi homemade istimewa iaitu Rendang Daging yang tentunya sangat sedap, mudah dan pasti menjadi. Berbaloi cuba.

Rendang Daging

Bahan-bahan kisar halus:
7-8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
3 batang serai
15-20 tangkai cili kering sedikit air

Bahan-bahan untuk sangai:
1 sudu besar biji ketumbar

Bahan-bahan lain:
2 cawan minyak masak
1 kilo daging Iembu
2 cawan santan cair
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam keping (kalau kepingan besar, Ietak separuh je dulu)
2-3 sudu besar kerisik
1-2 helai daun kunyit
2-3 helai daun |imau purut
gula nisan atau gula melaka secukup rasa
garam secukup rasa

** Jumlah santan adalah dari1 biji kelapa. Jika guna santan kotak, guna yang 500ml. Kalau untuk santan fresh timbang, guna 1 kilo.



Video Berkaitan