Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home RAFAELREMY: Rendang Tradisi Turun Temurun & Pulut Kuning

RAFAELREMY: Rendang Tradisi Turun Temurun & Pulut Kuning

Rendang Tradisi Turun Temurun & Pulut Kuning

Siapa kata lelaki tak pandai memasak? Kalau Datin Ismatia @datinismatia boleh masak Kurma Daging dengan jayanya, saya pun boleh masak masakan daging juga, tetapi saya memilih untuk memasak rendang tradisi turun temurun daripada ibu saya. Cubalah resepi ni kat rumah, konfirm enak rasanya dan pasti nak lagi! Tapi pastikan guna bahan-bahan daripada SAJI ya, terutamanya Santan Kelapa Saji, memang sedap!

Bahan-bahan Rendang Tradisi Turun Temurun:
1/2kg daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 kotak Santan Kelapa Saji
2 sudu besar Minyak Masak Saji
2 sudu besar Krimer Sejat Cair Saji
1 1/2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kerisik
1 biji gula melaka
1/2 sudu garam
2 helai daun kunyit
1 inci lengkuas
1 inci halia
Asam keping
Daun limau purut

Cara Memasak Rendang Tradisi:
Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas,halia dan juga serai ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
Kemudian, panaskan kuali. Masukkan Minyak Masak Saji dan tuangkan bahan kisar ke dalam kuali.
Kacau sehingga naik bau.
Masukkan daging ke dalam kuali diikuti dengan cili kisar, garam,
daun limau purut, kerisik, daun kunyit, asam keping dan juga gula melaka.
Kemudian masukkan 1/2 kotak Santan Kelapa Saji dan kacau bersama.
Jangan lupa masukkan Krimer Sejat Cair Saji sebanyak 2 sudu besar dan kacau sebati sehinggalah rendang betul-betul masak.

Bahan-bahan untuk Pulut Kuning:
3 cawan beras pulut
(direndam bersama sedikit garam dan kunyit)
1 batang serai
2 sudu besar Santan Kelapa Saji
1 sudu besar Krimer Sejat Cair Saji
1/2 sudu kecil garam

Cara Memasak Pulut Kuning:
Rendam beras pulut bersama sedikit kunyit dan garam selama 30 minit.
Kemudian kukus di dalam periuk bersama serai dan biarkan selama 10-15minit.
Keluarkan serai di dalam periuk dan masukkan ke dalam mangkuk bersama
2 sudu besar Santan Kelapa Saji, 1 sudu besar Krimer Sejat Cair Saji dan garam.
Kacau sebati. Kemudian masukkan beras pulut yang telah dikukus dan gaul bersama bahan-bahan tersebut.
Masukkan beras pulut sekali lagi ke dalam periuk dan kukus sehingga masak.

@majalahrasa @sajimalaysiaofficial
#majalahrasa #sajianmisterixrasa #sajianmisterirasa



Video Berkaitan