Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Pankek Buah Naga

Pankek Buah Naga

Tengok rupa Pankek Buah Naga ni je dah terbayang keenakannya. Manis & menyelerakan! Anak-anak mesti suka. Menu yang sesuai untuk sarapan pagi dan juga minum petang. Buah naga ni pula memang ada pelbagai khasiat yang memberi manfaat kepada kesihatan termasuklah melambatkan proses penuaan dan meningkatkan sistem imun badan. Ia juga baik untuk pencernaan dan penghadaman. Bolehlah cuba nanti.

Kalau anda nak tahu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah memperkenalkan menu sihat yang mengandungi pelbagai khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan melalui program MAFI Prihatin Meal. Jom sokong produk tempatan kita.

PANKEK BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil baking powder
1 cawan susu segar
½ biji buah naga merah
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
2 biji putih telur | putar hingga kental
3 sudu besar mentega cair

Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #pankekbuahnaga #mafiprihatinmeal #fama #famadihatirakyat #buahtempatan #sayurtempatan #myfoodie #menusihat #resepi #resipi #promosifama



Video Berkaitan