Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Nasi Kak Vouge | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

Nasi Kak Vouge | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

RESIPI GULAI KAK VOUGE CIKGU AFY AL HABIBI

BAHAN GULAI AYAM:
3 ketul ayam – dicincang kecil
1 sudu makan REMPAH GULAI KAK VOUGE CIKGU AFY
1 cawan air
1/2 keping manisan Kelantan @ gula melaka
2 senduk santan
1 biji terung – potong dadu
1/3 batang lobak merah – potong dadu
3 tangkai kacang panjang – potong kecil
Minyak masak untuk menumis
Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
1 ulas (kecil) bawang putih
1 hiris (nipis) lengkuas
1 hiris (nipis) halia
1 hiris (nipis) serai
secubit ketumbar dan jintan manis (tambahan)

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Seterusnya masukkan 1 sudu makan REMPAH GULAI KAK VOUGE CIKGU AFY. Gunakan api perlahan sahaja.
3. Tuangkan pula 1/2 cawan air. Tutup dengan tudung periuk sehingga pes pecah minyak. Renehkan dengan api perlahan.
4. Masukkan perasa peringkat pertama iaitu ½ keping kecil manisan Kelantan dan ½ sudu teh garam halus.
5. Kemudian masukkan isi ayam yang dicincang kecil. Tutup periuk dengan tudungnya.
6. Biarkan semua bahan mesra dan sebati kira – kira 15 minit dan masak guna api perlahan.
7. Kemudian masukkan 2 senduk santan. Tambahkan juga 1/2 cawan air.
8. Setelah gulai mendidih, masukkan perasa peringkat kedua seperti garam, gula dan perasa mengikut cita rasa masing-masing.
9. Masukkan terung, lobak merah serta hirisan kacang panjang yang dipotong pendek. Biarkan gulai terus mendidih perlahan-lahan menggunakan api perlahan.
10. Biarkan kuah gulai mereneh selama 10 minit. Padamkan api. Kuah gulai yang beraroma dan sedap sedia untuk dinikmati.

RESIPI AYAM GORENG KAK VOUGE
BAHAN-BAHAN
3 ketul ayam dicincang kecil
1 sudu makan rempah AYAM GORENG KAK VOUGE CIKGU AFY
CARA MEMASAK:
1. Ayam dicincang kecil lalu dibersihkan. Toskan sehingga kering.
2. Masukkan 1 sudu makan REMPAH AYAM GORENG KAK VOUGE CIKGU AFY.
3. Gaul sebati. Perapkan selama 20 minit untuk masa perapan paling minima.
4. Goreng sehingga ayam kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
5. Hidangkan nasi bersama ayam goreng, gulai ayam Kak Vouge dan sambal.

RESEPI SAMBAL JANTAN @ SAMBAL KILLER
BAHAN-BAHAN:
1 genggam cili padi merah (dibuang tangkai)
1 inci belacan bakar
1 senduk kecil cuka
1 sudu makan garam
3 sudu makan gula
1/3 cawan air masak
(Nak gunakan cuka sepenuhnya pun boleh)
CARA MEMBUAT:
1.Satukan semua bahan dan kisar sehingga sedikit lumat.
2. Pastikan garam dan gulanya berasa bagi mengelakkan sambal cepat berkulat.
Nota: Sambal ini boleh dibuat lebih awal supaya rasanya lebih sedap.



Video Berkaitan