Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Kuah Rojak Mi | Dapur Rasa Live

Kuah Rojak Mi | Dapur Rasa Live

Kalau anda suka makan Rojak Mi, jom kita belajar cara nak buat Kuah Rojak Mi sendiri. Resipi yang dikongsi oleh Zabedah Jambeli, owner Rotikeju Homemade ini cukup untuk 10 orang. Memang berbaloi kalau buat sendiri.

KUAH ROJAK MI

BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah-digoreng
300gm kacang dhal-rendam semalaman,digoreng
70gm bawang besar potong 4-digoreng
250gm lada kering dikisar (lada mesti direbus)
300gm udang geragau – disangai
500gm gula
200gm gula Melaka
80gm cuka makan Jalen
3 sudu kecil garam – ikut cita rasa masing-masing
2000ml air
250gm tepung jagung bancuh air sedikit masukkan dalam bahan

CARA MEMASAK:
1. Semua bahan seperti kekacang, bawang, udang geragau,udang kering dikisar halus.
2. Semua bahan dicampurkan dan masak sehingga mendidih dalam 1 jam hingga 2 jam.
3. Sekiranya kuah agak pekat bila telah sejuk boleh adjust sedikit kepekatan dengan air suam.
4. Kuah seeloknya buat awal sehari bagi rasa sekata.

#majalahrasa #rasashare #kuahrojakmi #fblive #dapurrasa



Video Berkaitan